Pada hari ini, kami akan kongsikan dengan anda satu lagi resepi yang enak bagi memeriahkan majlis aqiqah anda.
Kambing Aqiqah Masak Merah
Bahan-Bahan: | |||
1 kg daging kambing AQIQAH, dipotong mengikut suka 2 batang lobak merah, dipotong mengikut suka 1 tin kecil puri tomato 1 tin kacang pis, untuk tabur 2 biji bawang besar, ditumbuk halus dan asingkan 6 biji tomato, dipotong bulat 1 tin susu cair 1 tin kecil minyak sapi Garam secukupnya Daun sup |
Bahan-bahan digiling lumat: 1 camca sedang ketumbar 1 camca teh jintan putih 10 tangkai cili merah Bahan-bahan tumis: Cengkih Pelaga Kulit kayu manis Bahan-bahan perap, digiling: 1 labu bawang putih 3 sm halia |
||
Cara: | |||
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis, jintan, ketumbar, bawang besar, cili merah, puri tomato serta daging yang diperap bersama bahan-bahan perap. Masak hingga daging empuk. Masukkan lobak merah, susu cair, tomato dan garam. Kacau hingga rata. Apabila masak taburkan daun sup dan kacang pis. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan