JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Selasa, 11 Februari 2014

Stok Aqiqah Murah

Assalamualaikum Wrmbth

Berita baik kepada semua,

 Stok Aqiqah Murah hanya RM730 sahaja telah kembali!!!

STOK SANGAT TERHAD!!

TEMPAH SEKARANG!!

HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515


Isnin, 10 Februari 2014

Pakej Aqiqah Jariah

Assalamualaikum Wrmbth

Di atas permintaan ramai, kami di UMM Baraqah Agrofarm sekali lagi menawarkan promosi
Pakej Aqiqah Jariah dengan kos HANYA RM1,000 sahaja untuk masa TERHAD.

Kami akan masak kambing-biri-biri aqiqah anda dan kami akan bantu untuk menyalurkan kepada Rumah-rumah Anak Yatim samada pilihan kami ataupun pilihan anda sendiri.

Para Hadirin yang kami hormati dan dimuliakan, sumbangan anda kepada anak-anak yatim dan golongan fakir miskin ini sangatlah bermakna kepada mereka. Rebutlah ganjaran berganda ibadah anda bagi jaminan Saham Akhirat. Ramai di kalangan mereka yang sangat mengharapkan sumbangan anda.

HUBUNGI SEKARANG 017-3047278/0196969515

Palestin dan saudara muslim kita

Assalamualaikum Wrmbth

Kami di UMM Baraqah Resources bukan hanya menggunakan medium blog ini hanya untuk pengiklanan semata-mata, kami turut ingin menjadi wadah bagi menimbulkan kesedaran kepada kita semua yang mengaku dan berikrar sebagai muslim.

Perkongsian pada kali kami ingin membuka minda kita semua dan mengetuk pintu hati kita agar kita sentiasa ingat bahawa saudara muslim kita samada di dalam mahupun di luar Negara Malaysia, hidup di dalam keadaan yg serba kesusahan dan ditimpa musibah. Mungkin isu Palestin, Syria, Mesir dan Negara-negara islam lain yang diratah oleh musuh-musuh islam telah lama di bangkitkan dan diperdebatkan. Namun, dengan kesenangan dan keamanan yang kita nikmati di Negara kita yang dicintai ini, kita sering terleka seketika atau terlupa sejenak rintihan dan kepahitan yang ditanggung mereka.

Ulama Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Gaza dan melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.
 
“Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakyat Palestin adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu Muslim mengikut keupayaan masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab ini”, tegas Qardawi dalam ucapannya sebelum demonstrasi besar-besaran menyokong Gaza diadakan di Doha.

Kami di sini ingin mengajak semua muslim berazam agar sematkanlah di dalam doa kita sehari-hari untuk kesejahteraan dan keselamatan kepada mereka. Walaupun kita tidak berdaya untuk menghulurkan bantuan dari segi tenaga mahupun wang ringgit, DOA adalah senjata yang paling berkuasa bagi orang muslim.

Mudah-mudahan, Allah Ta'ala memberi kemenangan kepada Umat Islam diseluruh dunia samada di medan dakwah ataupun di medan perang.

Wallahua'lam.