JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Buletin Jariah



Assalamualaikum Wrmbth

Kami merakamkan jutaan terima kasih dan memohon doa kesejahteraan kepada para pelanggan kami yang sudi menyalurkan daging ibadah aqiqah mereka ke rumah-rumah anak yatim yang telah kami cadangkan. Dengan pemberian tersebut, maka bergandalah pahala ibadah aqiqah dan bertambah keberkatan. Disini kami mencoretkan beberapa sumbangan yang telah dihulurkan dengan kebenaran daripada pelanggan kami.


  • Pelanggan: En Baharuddin, Shah Alam
 Pada 13 April 2013, kami telah menyalurkan 1 ekor daging aqiqah yang telah siap di masak gulai kawah melalui Pakej Aqiqah Jariah ke rumah Anak Yatim Hembusan Kasturi. Alhamdulillah, anak-anak ini kelihatan sangat riang dan gembira walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan. Mudah-mudahan Allah memelihara anak-anak ini dan merahmati En.Baharuddin sekeluarga.


  • Pelanggan: En Zul, Rawang
Pada 21 April 2013, 2 ekor kambing aqiqah telah diserahkan kepada rumah Anak Yatim Desa Fahmi beserta sumbangan duit rencah masakan. Mudah-mudah Allah memelihara dan merahmati En. Zul sekeluarga.


  • Pelanggan: En Azmil, Klang
Pada 27 April 2013, 1 ekor kambing aqiqah yang telah siap di masak gulai kawah melalui Pakej Aqiqah Jariah telah disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Peyakin. Semoga Allah menambahberkatkan En Azmil sekeluarga.


  • Pelanggan: En Muzaffar, Klang
Pada 25 Mei 2013, 1/2 ekor lembu aqiqah telah disalurkan melalui En. Hamdan iaitu Pengurus Rumah Anak Yatim Desa Fahmi untuk di sampaikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Semoga En Muzaffar sekeluarga sentiasa dipelihara dan dirahmati oleh Allah Ta'ala.


  • Pelanggan: En Rospian, Klang
Pada 15 Jun 2013, 2 ekor kambing aqiqah siap dimasak melalui Pakej Aqiqah Jariah telah disumbangkan dan di agihkan kerumah anak yatim Hembusan Kasturi dan Desa Fahmi. Semoga Allah Ta'ala menganugerahkan kesejahteraan yang berpanjangan kepada En Rospian sekeluarga.


  • Pelanggan: En Ikram, Kelana Jaya
Pada 19 Jun 2013, 1 ekor biri-biri aqiqah yang telah siap dimasak gulai kawah melalui Pakej Aqiqah Jariah telah disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Desa Fahmi bagi santapan tengahari. Mudah-mudahan En Ikram sekeluarga dilimpahkan dengan kerahmatan dan keberkatan yang melimpah ruah.


  • Pelanggan: En Razak, Batu Caves
Pada 20 Julai 2013, 1 ekor biri-biri aqiqah siap masak kuzi melalui Pakej Aqiqah Jariah beserta nasi putih telah disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Hembusan Kasturi.


  • Pelanggan: En Ikram, Ijok
Menyumbangkan 2 ekor biri-biri aqiqah siap masak hitam pada 15 Oktober 2013


  • Pelanggan: Pn. Aisyah, Subang
Pada 24 Disember 2015 yang lalu, kami telah menyampaikan hajat Pn. Aisyah untuk menyumbangkan seekor kambing aqiqah siap masak melalui Pakej Aqiqah Jariah kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al-Mahabbah di Bandar Bukit Raja. Semoga beliau beroleh ganjaran berlipatkali ganda di atas ibadah dan sumbangan yang diberikan.



  • Pelanggan: En. Jamaludin, Kg. Delek
Pada 23 Mac 2016 yang lalu, kami telah menyampaikan hajat En Jamaludin untuk menghadiahkan 1 ekor kambing kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al-Mahabbah Bandar Bukit Raja. Semoga En Jamaludin sekeluarga dikurniakan kesejahteraan seisi keluarga.



  • Pelanggan: En. Seeni Ahamed Mydeen, Alam Impian
Pada 30 April 2016 yang lalu, kami telah menyampaikan hajat En. Seeni untuk mengadakan Majlis Aqiqah dan menjemput Warga Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al-Mahabbah Bandar Bukit Raja seramai 50 orang bagi memeriahkan majlis disamping meraikan anak-anak yatim dan fakir miskin. Semoga En Seeni sekeluarga diganjarkan dengan setinggi-tinggi pahala dan keberkatan yang berpanjangan.


  • Pelanggan: En. Mohd Khairul, Setia Alam
Pada 22 September 2016 yang lalu, kami telah menyampaikan hajat En. Mohd Khairul bagi mengagihkan 2 ekor kambing aqiqah kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al-Mahabbah Bandar Bukit Raja dan Rumah Kebajikan Hembusan Kasturi. Semoga En Mohd Khairul sekeluarga diganjarkan dengan setinggi-tinggi pahala dan keberkatan yang berpanjangan.




  • Pelanggan: En. Afiq, Shah Alam
Pada 18 Mac 2017, kami telah menyampaikan hajat En. Afiq bagi mengagihkan  seekor kambing aqiqah melalui Pakej Aqiqah Jariah kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih. Semoga En Afiq sekeluarga diganjarkan dengan setinggi-tinggi pahala dan keberkatan yang berpanjangan.



  • Pelanggan: En. Ahmad Asraf, USJ11

Pada 9 April 2017, kami telah menyampaikan hajat En. Ahmad bagi mengagihkan  seekor kambing aqiqah melalui Pakej Aqiqah Jariah beserta set nasi minyak kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih. Semoga En. Ahmad sekeluarga diganjarkan dengan setinggi-tinggi pahala dan keberkatan yang berpanjangan.


Nota: Kami hanya sempat untuk memuatkan beberapa kepilan sumbangan daripada para pelanggan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan