Di dalam kita memahami apa itu aqiqah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui apa itu sembelihan, cara sembelihan, siapa yang boleh menyembelih, apa syarat sembelihan dan sebagainya.
Dewasa ini, kita sebagai umat islam semakin mempunyai kesedaran terhadap tahap kehalalan dan kepentingan toyyiba.
Sebagai pengguna muslim yang bijak, kita sepatutnya bukan sekadar membeli sebarang barangan bagaikan melepaskan batuk di tangga, sebaliknya kita selidik dahulu samada halal, di keluarkan oleh syarikat muslim, tahap kebersihan, isi kandungan sesuatu barang dan sebagainya. Halal tidak cukup hanya sekadar statusnya tetapi perlu juga kepada toyyiba iaitu bersih dan suci. Mari kita dalami serba sedikit tentang sembelihan.
Pengertian Sembelian
Menghilangkan nyawa binatang yang halal di makan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah. Disamping itu juga, tujuan sembelihan adalah untuk dimakan dagingnya.
Rukun Sembelihan
- Penyembelih tersebut hendaklah seorang muslim dan tidak di dalam ihram haji atau umrah
- Binatang yang disembelih hendaklah halal dimakan dan mati dengan sekali sembelihan.
- Alat sembelihan hendaklah berasaskan benda yang tajam kecuali tulang, gigi dan rambut atau gigi
- Bagi orang islam yang berada di negeri ahli kitab, mereka diharuskan memakan daging yang sembelih oleh ahli kitab.
- Niat sembelih kerana Allah
- Memutuskan urat halkum dan urat merih
- Menggunakan alat-alat sembelihan yang tajam
- Menyembelih bintang yang halal dan masih dalam keadaan hidup(hayat mustaqirrah)
- Disembelih oleh orang islam atau ahli kitab
- Tidak dilakukan semasa di dalam ihram haji atau umrah
Wallahua'lam..
Tamat bahagian 5..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan