JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Selasa, 4 Jun 2013

Kenali Kambing Aqiqah Anda: Bahagian 1





Assalamualaikum Wrmbth

Ada pepatah mengatakan bahawa "Tak kenal maka tak cinta". Sambil-sambil kami berurusniaga dengan para pelanggan kami, kami turut melakukan kajian tentang kefahaman terhadap kambing. Rata-rata rakyat Malaysia masih belum mengetahui atau tersalah tafsir tentang kambing dan spesisnya. Disini kami bukan sekadar menyediakan kambing dan lembu untuk aqiqah sahaja, tetapi kami sangat gembira untuk berkongsi sedikit ilmu yang Allah kurniakan kepada umum. Mudah-mudahan, yang sedikit itulah menjadi asbab keredhaan Allah daripada banyak ilmu tetapi tidak ada amal dan dakwah.

Nama saintifik bagi kambing adalah Capra aegagrus hircus. Kambing adalah daripada kelas mamalia dan berdarah panas. Di negara kita Malaysia, kambing hidup di seluruh kawasan di Malaysia dan kebanyakannya di ternak. Selain daripada Malaysia, negara-negara seperti Australia, Indonesia, Filipina dan beberapa buah negara di dunia lagi adalah antara pengeksport kambing yang utama dan mempunyai populasi kambing dan biri-biri yang besar. Kebanyakannya di ternak secara komersil untuk pasaran global. Namun, ada juga spesis kambing liar yang hidup di kawasan gurun dan berbukit. Maha Suci Allah yang tersangat hebat penciptaanNYA, kambing-kambing di kawasan-kawasan gurun dan bukit telah belajar cara hidup 'survival' untuk meneruskan kelangsungan hidup. Lihat gambar di bawah:

kambing panjat pokok

kambing panjat tembok

Kambing merupakan haiwan pemakan dedaun. Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ia kerana kebanyakan penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada makanannya sendiri. Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza. 

bersambung......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan