Biri-biri |
Kambing |
Assalamualaikum Wrmbth
Topik pada kali ini ada KAMBING vs BIRI-BIRI. Mari kita kaji lebih mendalam tentang kedua-dua species ini dan lebih mengenali haiwan aqiqah anda.
Kambing tidak sama dengan biri-biri. Panggilan ‘kambing biri-biri’ itu ialah sebutan tempatan bagi biri-biri sahaja. Bagaimanapun, rupa dua jenis ternakan ini hampir sama.
Apa yang membezakan keduanya adalah pada nama, ciri-ciri ekor, istilah untuk dagingnya serta kandungan lemak dan kolesterol. Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu.
Daging kambing dalam bahasa Inggeris ialah chevon manakala daging biri-biri diberi nama mutton. Namun begitu, istilah lamb juga digunakan jika biri-biri disembelih pada umur muda.
Penjualan daging kambing khususnya daging kambing Boer masih tidak ketara di pasar raya. Paling biasa kelihatan di pasar raya ialah daging biri-biri. Harga daging biri-biri adalah jauh lebih rendah daripada daging kambing.
Pengusaha makanan sajian (katerer), hotel serta restoran lebih cenderung menggunakan daging biri-biri dalam masakan kerana harganya yang jauh lebih murah daripada daging kambing.
Tahukah anda bahawa, tekstur daging biri-biri lebih enak jika di bakar atau digulai. Komposisi daging yang padat menyebabkan ramai orang memilih biri-biri untuk dijadikan aqiqah berbanding kambing yang mempunyai daging yang kurang padat.
Bagi tujuan aqiqah, eloklah dipilih biri-biri yang muda di antara umur 1 1/2 tahun hingga 2 tahun bagi mendapatkan keenakan tekstur daging yang kurang lemak dan lembut.
Wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan