Waktu memasak: 40 minit
Saiz hidangan: 10 orang
 
 
BAHAN A:
  • 1½kg daging kambing | dipotong kiub
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
 
 
BAHAN B (KISAR):
  • 1 biji halia
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh biji lada sulah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji buah pala
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
 
 
BAHAN C:
  • 4 biji bawang merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 600gm bawang goreng
  • 60gm kismis
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan minyak sapi (Ghee)
  • 8 sudu makan minyak
  • 1 liter air
  • 400ml susu cair
  • 3 biji jus limau nipis (dicampur bersama susu cair)
  • Garam dan gula secukup rasa
 
 
BAHAN HIASAN:
  • Gajus goreng secukupnya
  • Kismis secukupnya
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Sapukan daging kambing dengan serbuk kunyit sehingga rata.
2. Kemudian campurkan bawang goreng dan bancuhan susu cair serta air limau. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng kismis sekejap. Angkat dan asingkan.
4. Setelah itu masukkan minyak sapi ke dalam minyak tadi dan goreng daging kambing sehingga masak. Angkat dan toskan.
5. Seterusnya, panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah, bawang putih serta bahan kisar sehingga naik minyak.
6. Kemudian masukkan daging kambing, susu cair, sos tomato dan perasakan. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
7. Akhir sekali, taburkan kismis dan gajus goreng.
 
 
Selamat Mencuba...