JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Ahad, 19 April 2015

Resepi Aqiqah Hari ini

Assalamualaikum Wrmbth


Selamat berhujung minggu bersama keluarga kami ucapkan kepada anda. Semoga anda sekeluarga sentiasa di dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Pada hari ini kami ingin kongsikan kepada anda resepi enak yang menjadi kegemaran peminat-peminat makanan arab terutamanya. Menu tersebut sangat sinonim dengan nasi arab namun ianya juga sesuai di hidang bersama pelbagai jenis nasi, roti dan lempeng.

Hidangkannya di Majlis Aqiqah anda, pastinya majlis anda sentiasa diingati oleh sanak saudara mahupun rakan-rakan.

Kambing Aqiqah Masala

Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong saiz 1~2 inci),gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak.

Bahan dikisar bersama :-
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai
-----------------------
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sudu kecil biji jintan putih
1/2 sudu kecil biji jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk Garam Masala
2 gelas air
Garam secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.
Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala.
Gaul sebati dan biarkan seketika. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.

Sedia untuk dihidangkan. Wallahua'lam

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan