Assalamualaikum Wrmbth
Kami di UMM Baraqah Resources bukan hanya menggunakan medium blog ini hanya untuk pengiklanan semata-mata, kami turut ingin menjadi wadah bagi menimbulkan kesedaran kepada kita semua yang mengaku dan berikrar sebagai muslim.
Perkongsian pada kali kami ingin membuka minda kita semua dan mengetuk pintu hati kita agar kita sentiasa ingat bahawa saudara muslim kita samada di dalam mahupun di luar Negara Malaysia, hidup di dalam keadaan yg serba kesusahan dan ditimpa musibah. Mungkin isu Palestin, Syria, Mesir dan Negara-negara islam lain yang diratah oleh musuh-musuh islam telah lama di bangkitkan dan diperdebatkan. Namun, dengan kesenangan dan keamanan yang kita nikmati di Negara kita yang dicintai ini, kita sering terleka seketika atau terlupa sejenak rintihan dan kepahitan yang ditanggung mereka.
Ulama Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi
menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi
hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Gaza dan
melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.
“Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakyat Palestin adalah
menjadi tanggungjawab agama setiap individu Muslim mengikut keupayaan
masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang terkecuali dari
tanggungjawab ini”, tegas Qardawi dalam ucapannya sebelum demonstrasi
besar-besaran menyokong Gaza diadakan di Doha.
Kami di sini ingin mengajak semua muslim berazam agar sematkanlah di dalam doa kita sehari-hari untuk kesejahteraan dan keselamatan kepada mereka. Walaupun kita tidak berdaya untuk menghulurkan bantuan dari segi tenaga mahupun wang ringgit, DOA adalah senjata yang paling berkuasa bagi orang muslim.
Mudah-mudahan, Allah Ta'ala memberi kemenangan kepada Umat Islam diseluruh dunia samada di medan dakwah ataupun di medan perang.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan