JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Ahad, 4 Mei 2014

Resepi Hari Ini

Assalamualaikum Wrmbth

Kami kongsikan kepada anda antara 'Signature Dish' syarikat kami yang mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar daging kambing. Sajikanlah di dalam Majlis Aqiqah anda, pasti dapat menyerikan majlis anda.

Bahan-bahan ( 6 org mkn )

  • 1kg daging kambing
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 btg kulit kayu (ketuk sikit)
  • 2 kuntum bunga cengkih (ketuk sikit)
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 ulas bawang besar
  • 2cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili giling/mesin
  • Kicap
  • 2/3 sudu air asam jawa
  • sedikit gula merah
  • Garam & kunyit

Cara-cara

  1. Potong daging kambing mengikut kesesuaian anda. Bersihkan.
  2. Mesin/blendkan semua bahan. Gaulkan daging kambing tadi bersama dengan garam kunyit, bahan blend, cili mesin dan kicap. Perapkan selama 30 minit
  3. Panaskan minyak untuk menumis (2/3 sudu). Tumis bahan perap tadi. Kacau rata kemudian tutup periuk sekejap.
  4. Masukkan air asam jawa dan tambahkan air jika perlu untuk melembutkan daging tersebut. Bila daging dah lembut, masukkan gula merah. Masak sekejap. Siap untuk dimakan

Selamat Mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan