JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Rabu, 2 Julai 2014

Marhaban Ya Ramadan!!!



Assalamualaikum Wrmbth

Marhaban Ya Ramadan! Marhaban Ya Ramadan!..Kami sangat menanti kedatanganmu...

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T, kita ditemukan semula dan yang penting diberi peluang oleh yang Allah S.W.T untuk bertemu dengan bulan yang penuh baraqah, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan yang mulia iaitulah bulan Ramadan Al-Mubarak.

Setelah selama 11 bulan kita bergelumang dengan nafsu dan dosa, sampailah masanya untuk kita sucikan jiwa, raga, harta kita dan terus istiqamah walaupun Ramadan pergi meninggalkan kita. Inilah bulan yang dibuka seluas-luasnya pintu rahmat dan keampunan Allah. Mungkin kita biasa mendengar para ustaz atau alim ulama menyebut tentang kebaikan Ramadan saban tahun, tetapi berapa banyak yang kita dapat serapkan di dalam hati dan sematkan di dalam jiwa, memahami dan menghayati erti sebenar pengajaran yang dibawa bersama-sama Ramadan untuk kita amalkan terus menerus pada sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita.

Sabda Rasulullah S.A.W

“Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjadikan pemisah berupa sebuah parit antara dia dengan api neraka yang jarak parit tersebut antara langit dan bumi” (HR. Turmudzi dan Thabrani).

Marilah kita berazam untuk menjadikan Ramadan tahun ini sebagai pemangkin menuju ke arah perubahan daripada yang kurang baik, daripada jahil kepada yang lebih baik. Jadikanlah bulan mulia ini sebagai medium bagi mencorak semula sahsiah diri dan akhlak:

  • Daripada yang jahil kepada yang arif
  • Daripada yang bakhil kepada yang dermawan
  • Daripada yang baik kepada yang cemerlang
  • Daripada yang mazmumah kepada yang mahmudah

Wallahua'lam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan