JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Selasa, 19 Ogos 2014

Mengapa Perlu Menjalankan Ibadah Aqiqah

Assalamualaikum Wrmbth

Ada segelintir daripada kita yang masih kurang peka dengan kepentingan ibadah aqiqah. Ibadah aqiqah adalah antara salah satu sunnah Nabi S.A.W. Setiap ibu dan bapa mahukan anak-anak yang soleh, berbakti dan membawa kebahagaian kepada keluarga. Aqiqah adalah salah satu cara untuk menanamkan nilai-nilai rohaniah kepada anak-anak yang masih suci. Dengan beraqiqah diharapkan anak tersebut akan sentiasa sihat zahir dan batin, dikurniakan oleh Allah dengan kecerdasan minda dan tubuh badan.

Mari kita bayangkan jika kita memiliki satu harta yang bernilai namun harta tersebut masih dalam keadaan tergadai, maka pasti kita akan berusaha sedaya mungkin untuk menebusnya. Samalah juga halnya dengan ibadah aqiqah, ianya adalah usaha kita untuk menebus anak kita yang tergadai. Tergadai ini disifatkan sebagai rohaniahnya. Dengan beraqiqah juga adalah satu cara untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada kurniaan Allah yang tidak ternilai, diberikan zuriat tanpa perlu dibayar.

Namun, amat sayang sekali kerana ramai yang masih tidak mengutamakan sunnah ini yang akan membantu melengkapkan kitaran pembentukan sifat anak-anak kita. Andainya kita kurang arif atau tidak tahu tentang kepentingan ibadah ini, maka wajib bagi kita untuk berusaha mencari pakar-pakar yang arif tentang perkara ini dan mendapatkan pencerahannya.

Wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan