JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Khamis, 16 Oktober 2014

HARGA RUNTUH..HARGA RUNTUH!!!

Assalamualaikum Wrmbth

Cuti Sekolah Kembali Lagi!!! Cuti Sekolah Kembali Lagi!!!

Kami di UMM Baraqah Agrofarm memberikan hadiah sempena CUTI SEKOLAH dan AKHIR TAHUN dengan tawaran HARGA RUNTUH!! bagi semua Pakej-Pakej yang kami ada..

Kami Menawarkan Kembali Pakej Harga Terendah dengan Kualiti Terbaik Hanya Untuk Anda..


KAMI RENDAHKAN HARGA SEHINGGA ANDA PUAS HATI!!

  1. PAKEJ SIAP PROSES(BEBIRI) 20~30KG - RM760 RM730 SAHAJA
  2. PAKEJ SIAP PROSES(BEBIRI) 30~35KG - RM780 RM760 SAHAJA
  3. PAKEJ KAMBING GOLEK                        - RM950 RM850 SAHAJA
  4. PAKEJ KAMBING GOLEK AQIQAH        - RM1,200 RM1,150 SAHAJA
  5. PAKEJ KAMBING BERMASAK 1             - RM1,100 RM1,050 SAHAJA
  6. PAKEJ KAMBING BERMASAK 2             - RM1,200 RM1,150 SAHAJA


TEMPAH SEKARANG!!!!

Rabu, 1 Oktober 2014

Biri-biri Qurban Borong

Assalamualaikum Wrmbth

Kami masih membuka untuk belian secara borong kepada penjual, penternak, masjid, surau, NGO atau individu. Jangan lepaskan peluang ini. Sambutan sangat menggalakkan, siapa cepat dia dapat.

HANYA RM650~680 SAHAJA

Tempah Sekarang!!

Apakah Qurban? sambungan..

Assalamualaikum Wrmbth

Hukum Berqurban

Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah al-Saafat ayat 107.

Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah10 dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim.

Menurut pandangan jumhur ulama hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat (sunat muakkadah) bagi individu yang berkemampuan.
Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ’ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup.
Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.

Jenis Qurban
Qurban terbahagi kepada dua jenis iaitu qurban nazar (wajib) dan qurban
sunat.

Hukum Daging Qurban
  • Ditegah memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagai mana juga ditegah memberikan daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam.
  • Manakala hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang bukan Islam, para ulama memberi padangan yang berbeza
  • Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah qurban sama ada wajib atau sunat.
  • Bahagian atau anggota sembelihan qurban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan qurban.
  • Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat (tatawu’) memakan daging qurbannya. 

Bersambung....