JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Jumaat, 15 Mei 2015

Aqiqah Jariah Bersempena Ramadan

Assalamualaikum Wrmbth

Bulan baraqah yang kita nanti-nantikan dan terlalu dirindui iaitu Bulan Ramadan Kareem sudah hampir tiba. Marilah kita terus berdoa kepada Allah agar diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan yang dicintai pada tahun ini.

Inilah bulan yang dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan. Bulan beramal dengan sebanyak-banyaknya. Bulan bersedekah dengan berkejar-kejaran. Bulan yang Allah Taa'la janjikan dengan ganjaran seluas-luasnya. Keampunan dan kasih sayang Allah kepada seluruh umat islam sedunia.

Didalam kita bersedia menanti kehadiran Ramadan, sangat ramai saudara-saudara kita diluar sana terutamanya di Malaysia khususnya, masih berada di dalam keadaan serba kekurangan, kedaifan, kesusahan, iaitu mereka-mereka yang hilang tempat bergantung hidup seperti anak-anak yatim, fakir dan miskin serta ibu tunggal, dimana mereka ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada kita yang sentiasa makan kenyang dan tidur nyenyak.

Bersempena kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak ini, kami terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kesinambungan dalam menyediakan khidmat kepada para anak yatim, fakir & miskin serta mereka yang lebih memerlukan bantuan. 

Kami menganjurkan lagi, PAKEJ AQIQAH JARIAH istimewa bersempena kehadiran Ramadan AL-Mubarak dengan pakej HANYA RM1,000 SAHAJA iaitu:

1) Termasuk seekor kambing/biri-biri aqiqah
2) Siap masak(gulai kawah/kurma)
3) Khidmat pengagihan kepada Rumah Anak Yatim, Fakir & Miskin serta Ibu Tunggal
4) Termasuk selembar bukti aqiqah secara PERCUMA

Rasulullah S.A.W bersabda,

مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)


Gandakan pahala ibadah puasa anda dengan perlaksanaan Ibadah Aqiqah dan Bersedekah terutamanya kepada Anak Yatim. Mudah-mudahan, dengan usaha dan kesungguhan kita untuk memantapkan amal, di terima oleh Allah Taa'la. InShaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan