JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Sabtu, 16 Januari 2016

Resepi Kambing Aqiqah Hari Ini

Assalamualaikum Wrmbth

Pada hari ini, kami akan kongsikan dengan anda satu lagi resepi yang enak bagi memeriahkan majlis aqiqah anda.

Kambing Aqiqah Masak Merah

Bahan-Bahan:
1 kg daging kambing AQIQAH, dipotong mengikut suka
2 batang lobak merah, dipotong mengikut suka
1 tin kecil puri tomato
1 tin kacang pis, untuk tabur
2 biji bawang besar, ditumbuk halus dan asingkan
6 biji tomato, dipotong bulat
1 tin susu cair
1 tin kecil minyak sapi
Garam secukupnya
Daun sup
Bahan-bahan digiling lumat:
1 camca sedang ketumbar
1 camca teh jintan putih
10 tangkai cili merah

Bahan-bahan tumis:
Cengkih
Pelaga
Kulit kayu manis

Bahan-bahan perap, digiling:
1 labu bawang putih
3 sm halia
Cara:
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis, jintan, ketumbar, bawang besar, cili merah, puri tomato serta daging yang diperap bersama bahan-bahan perap. Masak hingga daging empuk. Masukkan lobak merah, susu cair, tomato dan garam. Kacau hingga rata. Apabila masak taburkan daun sup dan kacang pis. 

Selasa, 12 Januari 2016

Kambing Golek Murah & Enak



PAKEJ KAMBING GOLEK AQIQAH 1 RM1,250
  • Kambing Aqiqah berat hidup 30~35kg
  • Homemade Sos Blackpepper
  • Homemade Coleslaw/Salad
  • Homemade Mash Potato/Wedges 
  • LIVE Grill
  • Penghantaran PERCUMA
  • Tiada Caj Tersembunyi
  • Free GIFT untuk setiap AQIQAH

PAKEJ KAMBING GOLEK AQIQAH 2 RM1,450
  • Kambing Aqiqah berat hidup 30~35kg
  • Homemade Sos Blackpepper
  • Sos Pudina(Mint)
  • Homemade Coleslaw/Salad
  • Homemade Mash Potato/Wedges
  • Roasted Garlic Bread
  • Creamy Mushroom Soup
  • LIVE Grill
  • Penghantaran PERCUMA
  • Tiada Caj Tersembunyi
  • Free GIFT untuk setiap AQIQAH

HUBUNGI SEGERA 019-6969515/WHATSAPP 0196520791

Ahad, 27 Disember 2015

Stok Aqiqah Tahun 2016


Assalamualaikum Wrmbth

Berikut adalah senarai harga biri-biri aqiqah bermula tahun 2016. Kami cuba mengekalkan harga pada tahap MAMPU LAKSANA tanpa menjadikan ibadah yang mulia ini sebagai beban kepada anda. Kami akan tetap berperanan sebagai Peneraju Pembekalan Kambing/Biri-biri Termurah.

  1. Berat hidup 25~30kg - RM780
  2. Berat hidup 31~35kg - RM800
  3. Berat hidup 36~40kg - RM850
  4. Berat hidup 50~60kg - RM1,000
  5. Harga istimewa bagi semua sahabat Katerer
  6. Harga istimewa bagi semua rakan Ternak

Selamat Melaksanakan Ibadah Aqiqah.

Amalan Sunnah Nabi S.A.W

Assalamualaikum Wrmbth

Tahun 2015 adalah tahun yang sangat bermakna kerana kita menyambut Maulidur Rasul sebanyak 2 kali. Namun apalah gunanya walau sambutan lebih dari sekali tapi kita masih tidak dapat menghayatinya dan yang penting mengamalkan sunnahnya sedangkan ianya adalah jalan menuju kejayaan. Kami ingin berkongsi amalan sunnah junjungan Nabi S.A.W agar dapat kita azam untuk belajar untuk hidupkan sunnah baginda.

1. JAGA PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

Sabtu, 21 November 2015

Kambing Perap BBQ


Assalamualaikum Wrmbth

Rasailah keenakan daging kambing perap istimewa dengan dipenuhi perisa BBQ yang pasti menggiurkan. Sesuai untuk sebarang majlis dan keraian. Kami menggunakan daging biri-biri terpilih dengan kualiti yang tertinggi.

Cubalah hari ini!!

Ahad, 1 November 2015

PROMOSI CUTI SEKOLAH DAN AKHIR TAHUN!!!

Assalamualaikum Wrmbth

Bersempena kehadiran cuti sekolah ini dan penghujung tahun 2015, kami di UMM Baraqah Agrofarm menawarkan pakej-pakej HARGA RUNTUH!!! istimewa untuk anda. Di dalam kegawatan ekonomi ini, kami tetap prihatin terhadap keperluan AQIQAH anda. In Sha Allah.

1. PAKEJ KAMBING SIAP PROSES
  • 25~30KG RM780, Promosi Hanya RM750 Sahaja
  • 30~35KG RM800, Promosi Hanya RM780 Sahaja
  • 35~40KG RM850, Promosi Hanya RM800 Sahaja

2. PAKEJ KAMBING GOLEK(Pelbagai Majlis)
  • Non Aqiqah RM950, Promosi Hanya RM900 bagi kambing pertama, potongan RM50 bagi kambing kedua dan seterusnya

3. PAKEJ AQIQAH SIAP MASAK
  • Pakej 1: RM1,100 , Promosi Hanya RM1,050(gulai kawah, kurma, sup, masak kicap)
  • Pakej 2: RM1,200, Promosi Hanya RM1,150(briani, kuzi, masak hitam, rendang)

Jangan lepaskan peluang, Promosi Bermula 
1 NOVEMBER sehingga 31 DISEMBER 2015.

Sabtu, 24 Oktober 2015

AGEN DIPERLUKAN


Assalamualaikum Wrmbth

Sudah hampir 1 tahun sejak kami melancarkan produk baru keluaran UMM Baraqah iaitu Daging Perap BBQ dan Bebola Daging, Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala yang telah melimpahkan rahmat dan rezeki yang tidak terhitung banyaknya. Kami telah menerima respon dan sambutan yang amat menggalakkan dikalangan pelanggan yang telah mencuba produk kami. 

Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi peluang perniagaan ini bersama dengan anda terutamanya bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan. Kami juga menyasarkan untuk membantu melahirkan usahawan muslim samada dalam skala kecil sehingga besar.

Kami sangat mengalu-alukan penglibatan anda sebagai AGEN produk kami. Kesemua produk keluaran kami adalah sedia untuk dipasarkan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian berikut:

Telefon/sms : 019-6969515

Whatsapp    : 019-6520791

Email           : baraqahagrofarm@gmail.com

Marilah kita menuju kearah kejayaan melalui perniagaan. Jangan lepaskan peluang ini bagi membantu mempertingkatkan ekonomi keluarga sekaligus memperkukuhkan ekonomi umat islam khasnya.

Ahad, 4 Oktober 2015

Resepi Aqiqah Hari Ini

STEW KAMBING

500gm daging kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah

1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Cara-cara

Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.



Selamat Mencuba...

Jumaat, 11 September 2015

Jom Kerja ! SELANGORKU

PELUANG PEKERJAAN ..

TEMUDUGA TERBUKA OLEH INDUSTRI & SYARIKAT DI NEGERI SELANGOR.

Lebih 20 syarikat menawarkan peluang pekerjaan melalui sesi Walk-In-Interview yang diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh     : 12 Sept 2015 (Sabtu)
Masa      : 9 pagi - 4 petang
Tempat  : Dewan Melati, INPENS INTERNATIONAL COLLEGE, Kuala Selangor.

Antara Syarikat Yang Memberi Peluang Pekerjaan:
●Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd
●Shin-Etsu Polymer (M) Sdn. Bhd.
●Fiw Steel SB
●Maysky (M) SB
●Malaysian SH Electronics SB
●Safeguards G4s SB
●KL Airport Services SB
●Secom (M) SB
●Suria Component Manufacturing (M) SB
●JTEKT Automotive (M) SB
●Marelli Manufacturing Asia SB
●NSK Micro Precision
●Texas Instruments (M) SB
●Renesas Semiconductor KL SB
●Mydin
●SHRDC
●Triplus Industry SB
●Pejabat Tenaga Kerja (JTK) Kuala Selangor
● Dan Banyak Lagi...

■Kelulusan bermula dengan PMR, SPM, SKM, Diploma & Ijazah
■Gaji Yang berpatutan
■Sila bawa dokumen anda seperti I/C & sijil-sijil berkaitan (asal & salinan) 
■Resume (jika diperlukan)
■ Syarat umur dan fizikal adalah mengikut perjawatan.

Jom Rebut Peluang Ini! Datanglah Beramai-ramai...

#Mohon dihebahkan kepada yang lain utk kebaikan bersama..Terima Kasih 😊😊😊.