JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Khamis, 11 April 2013

Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 3

Assalamualaikum Wrmbth


JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH
Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

1. Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun

2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun

3. Unta- melebihi lima tahun

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban). 
Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.

2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.

3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.

4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.

5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.


Ulama' Syafie dan Hanbali berpendapat bilangan aqiqah untuk seorang anak lelaki adalah 2 bahagian ataupun 2 ekor kambing sedang bilangan aqiqah bagi anak perempuan pula cuma 1 bahagian ataupun seekor kambing. 
Sumber pendapat mereka adalah dari sebuah hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, Rasulullah bersabda, 'Untuk seorang anak lelaki 2 ekor kambing yang sempurna dan untuk seorang anak perempuan pula hanyalah seekor kambing'. 
Bagi pendapat Imam Maliki pula beliau mengatakan memadai binatang aqiqah itu seekor sahaja sama ada untuk anak lelaki ataupun untuk anak perempuan.

Walau bagaimanapun tidak menjadi salah jika kita hanya mampu untuk mengaqiqahkan sekadar 1 ekor kambing untuk anak lelaki. Ini sesuai dengan sabda Nabi S.A.W:

” Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” [HR. Abu Daud].

Wallahua'lam

Tamat Bahagian 3...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan