Assalamualaikum Wrmbth
Kita sambung perkongsian kita tentang aqiqah..
SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH
Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa ” Pada zaman Jahiliyyah, apabila
kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing,
maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu
dengan darah kambing yang disembelih itu”.Menurut riwayat Ibnu Sakan
pula ” Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan
darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke
ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu.
Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh
Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan
meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.
HUKUM AQIQAH
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang
sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad saw
ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain
alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal
ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam,
lalu Baginda saw bersabda yang maksudnya :
“Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka
menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang
dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya
maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya
dan bagi anak perempuan seekor kambing.” [HR. Abu Daud]
Maksud hadis daripada perkataan (“suka atau ingin” menyembelihkan
untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan
jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib.
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan
singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke
tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut
untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur
rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi]
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.
Wallahua'lam
Tamat bahagian 2...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan