JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Rabu, 22 Mei 2013

Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 6

Contoh pisau sembelihan

Assalamualaikum Wrmbth

Kita sambung semula dalam memahami maksud aqiqah dan proses dalam menjalankannya. Adapun terdapat perkara-perkara sunat dan makruh dalam menjalankan sembelihan samada untuk kegunaan ibadah mahupun untuk kegunaan harian.



·         Perkara-Perkara Sunat Sembelihan
Ø  menyebut nama Allah
Ø  menggunakan alat sembelihan yang tajam
Ø  melakukan sembelihan di siang hari
Ø  memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan di kanan leher supaya lebih cepat mati
Ø  menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah ke sebelah rusuk kiri

·         Perkara-Perkara Makruh Sembelihan
Ø  alat sembelihan yang tumpul
Ø  menampakkan alat sembelihan kepada kepada binatang sembelihan
Ø  melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih
Ø  tidak menghadap kiblat
Ø  tidak membaca basmalah
Ø  mematahkan leher binatang sembelihan sebelum nyawanya hilang.


Ada pihak yang bertanya(non-muslim) bertanya mengapa perlu lakukan sembelihan yang teratur dan begitu susah?bukankah hasil akhirnya nanti sama sahaja(daging)?

Ini Jawapannya:


Ø  boleh mematikan binatang dengan cara cepat dan selamat
Ø  memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu
Ø  sembelihan dengan nama Allah untuk memelihara akidah
Ø  membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram
Ø  dapat mengeluarkan semua darah binatang dengan cepat dan membersihkan daging daripada darah yang mengalir bagi menghindari penyakit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan