JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Rabu, 22 Mei 2013

Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 7

Longgokan ayam tanpa diurus bersih

Ayam terendam dalam air
Assalamualaikum Wrmbth

Sembelihan samada ayam, kambing, lembu dan sebagainya samada untuk tujuan ibadah atau makanan harian tidak cukup dengan sekadar HALAL sahaja. Ajaran islam sangat menitikberatkan kebersihan dan kesucian terutama yang melibatkan soal makanan yang akan menjadi darah daging kita. Makanan yang haram dan kotor akan mempengaruhi pembinaan akhlak dan seterusnya mempengaruhi hati.

Perkataan ‘HALAL’ membawa maksud yang luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta halal. 
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan ayat. Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal kekeluargaan dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan sebagainya. 

Walaupun istilah halal digunakan dalam pelbagai suasana yang berbeza, namun di dalam al-Quran penggunaannya di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bab makan minum serta mencari rezeki adalah lebih meluas berbanding dengan hal-hal lain. Ini dapat diperhatikan menerusi ayat-ayat tertentu seperti di dalam surah-surah al-Baqarah (2:168), al-Maidah (5:1), (5:4-5), (5:87-88), (5:96), al-A’raf (7:157), an-Nisa’(4:160), at-Tahrim (66:1), al-Hajj (22:30) dan lain-lainnya.
 
Sebagai peniaga, marilah kita memperingatkan diri kita sendiri tentang tanggungjawab dalam menjaga kedua-dua konsep tersebut. Dengan demikian, perniagaan yang kita jalankan bertambah berkat dan pengguna juga mendapat manfaat daripada kepekaan kita.
 
Wallahua'lam..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan