Bulan yang kita rindui, bulan yang penuh baraqah, bulan yang penuh nikmat, Bulan Ramadhan telah hampir tiba. Bagi sesetengah daripada kita ada yang gembira dengan kehadirannya dan ada yang sedih. Itu semua bergantung kepada iman dan kefahaman masing-masing untuk menafsirkannya. Di samping kita memahami apa itu aqiqah dan kaifiat dalam melaksanakannya, marilah kita berkongsi ilmu berkenaan puasa serta hukum-hakamnya. Ini hanya sekadar perkongsian ilmu dari daie yang serba kekurangan ini. Pencerahan daripada pada ustaz dan murshid adalah sangat dipohon.
Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada
segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum
untuk suatu jangkamasa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan
yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah
terbenam matahari. Umat Islam
juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata
buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa
merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak
ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan
menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan
kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke
bulan-bulan berikutnya.
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan