Assalamualaikum Wrmbth
Kehadiran Eid-Ul Adha semakin dirasakan, persiapan untuk mendapatkan haiwan qurban juga semakin rancak di jalankan demi untuk mencari keredhaan Allah. Di samping kita sibuk dengan amalan ibadah qurban kita, adakah kita masih ingat lagi sejarah asal qurban itu sendiri. Ramai antara kita yang tahu tetapi mungkin terlupa. Mari kita imbas kembali kisah yang di abadikan oleh Allah di dalam Al-Quran untuk renungan bersama. Kalau saya ada tersilap di dalam penulisan ini, mohon pencerahan daripada ahli yang lebih fasih. InsyaAllah.
Sejarah Pada Zaman Nabi Adam A.S
Menurut riwayat sejarah yang tidak diragukan lagi kebenarannya (Al-Qur’an), ibadah Qurban pertama kali ada dan dilaksanakan adalah pada masa nabi Adam As. Yang dilakukan oleh kedua puteranya yakni Qabil dan Habil. Keturunan nabi Adam As. yang lahir selalu kembar, diantaranya yakni Qabil dengan Iqlima dan Habil dengan Lubada. Maka Allah memerintahkan kepada nabi Adam As. untuk menihkan anak-anaknya dengan cara bersilang. Yakni Qabil akan dinikahkan dengan saudari kembar Habil (lubada), begitupun sebaliknya. Namun oleh kerana Qabil keras kepala dan kurang taat terhadap perintah ayahnya, maka dia menolak perintah tersebut, dengan alasan dia ingin dinikahkan dengan saudari kembarnya sendiri yakani Iqlima yang lebih cantik dari Lubada. maka dengan bijak nabi Adam memerintahkan mereka berdua untuk melakukan upacara qurban, dengan ketentuan qurban yang diterima maka dialah yang menang dengan kata lain akan dinikahkan dengan Iqlima. Qabil dengan keterpaksaan yang ada, menyerahkan hasil berkebunnya berupa buah-buahan dan sayur mayur. Sedangkan Habil dengan hati yang ikhlas dan penuh kerelaan menyerahkan seekor haiwan dari hasil mengembalaannya. Setelah upacara dilaksanakan, ternyata Allah lebih memilih seekor haiwan yang diberikan oleh Habil dengan penuh rasa ikhlas dan kepasrahan. Dari sinilah mengapa makna ibadah qurban adalah Taqarrub Ilallah.

Sejarah Pada Zaman Nabi Ibrahim A.S
Adapun, yang kedua adalah kisah kemulian Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Dari beberapa riwayat diceritakan, nabi Ibrahim As. adalah seorang kepala keluarga dan telah membina bahtera rumah tangga begitu lama hingga menginjak masa tua. Bahtera rumah tangga yang selalu dihiasi cinta kasih sayang bersama isterinya Siti Sarah. Isteri tercinta yang selalu dapat mengisi kekurangan dan kesepian yang mendera dalam kehidupan. Namun ada suatu kekurangan begitu mendasar yang menjadikan bahtera rumah tangga itu terasa kurang. Walaupun telah dihiasi dan ditaburi dengan cinta kasih sayang yang tak terkira ukurannya. Dan kekurangan inilah yang selalu diharapkan akan kedatangannya, yakni suara tangis buah hati tercinta. Begitu lama nabi Ibrahim As. memimpikan mempunyai keturunan yang kelak akan meneruskan perjuangannya menyebarkan ajaran yang hanif. Begitu lama nabi Ibrahim As. menanti kedatangan putera yang dinanti-nantikan, namun Allah belum juga mengabulkan permintaan tersebut. Namun dengan kepasrahannya nabi Ibrahim As. tetap sabar menghadapi cubaan itu. Dengan umur yang semakin lanjut dan rambut yang sudah mula memutih nabi Ibrahim As. tiada henti-hentinya berdoa kepada Allah agar mendapatkan keturunan. “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. as-Shaffat : 100)
Allah yang Maha Mengetahui dan Pemurah akhirnya mengabulkan permintaan nabi Ibrahim As tersebut. Beliau diberikan seorang putera kemudian diberi nama Ismail. Namun Ismail lahir bukan dari rahim Siti Sarah melainkan dari rahim Siti Hajar isteri kedua nabi Ibrahim As. yang juga merupakan hamba beliau. Dengan kedatangan buah hati tercinta ini beliau sangatlah berbahagia. Hampir seluruh waktunya sehari-hari ia habiskan dengan Ismail. Segala bentuk kasih sayang beliau curahkan terhadap Ismail, sebagai bukti bahwa nabi Ibrahim As. sangat bersyukur atas kemurahan yang diberikan Allah kepadanya. Beliau mengajar dan mendidik Ismail sampa berusia aqil baligh secara langsung, dengan harapan suatu hari nanti Ismail dapat menggantikannya sebagai salah satu utusan Allah. Hingga pada suatu saat datanglah suatu ujian kepada nabi Ibrahim, ujian atas kecintaan dan kasih sayangnya tersebut. Allah menguji beliau dengan cubaan yang begitu berat yakni suatu perintah yang disampaikan melalui mimpi (ru’yah shadiqah).
Ujian yang seolah meremukkan hatinya. Ujian yang begitu memilukan jiwa dan fikirannya. Mungkin beliau akan lebih memilih ditimpa dengan seribu gunung dari pada harus melaksanakan perintah suci ini. Yaitu perintah untuk menyembelih Ismail putera tunggal beliau. Seorang putera yang telah ditunggu-tunggu kedatangannya. Seorang putera yang mengisi segala hidup, menjadi inspirasi dan kekuatan beliau dalam berdakwah dalam menyampaikan ajaran yang hanif. Namun secara tiba-tiba Allah menyuruh beliau untuk menyembelihnya, dengan datangnya tanda-tanda perintah menyembelih Ismail melaui mimpi itu sebanyak tiga kali. Ini seperti suatu tindakan yang mustahil beliau lakukan. Bagaimana mungkin beliau akan menyembelih buah hatinya, buah cinta kasih sayangnya, yang beliau impi-impikan begitu lama. Bagaimana mungkin seorang ayah mampu membunuh putera terkasihnya, putera yang akan menggantikan tugas mulia dari seorang utusan Allah.
Namun dengan segala kecintaan, kepasrahan dan ketaqwaannya kepada Allah ‘Azza wa Jalla nabi Ibrahim begitu yakin akan melaksanakan perintah tersebut. Dengan berat hati beliau sampaikan perintah tersebut kepada Ismail putera tersayangnya. Seperti yang di abadikan Allah dalam firman-Nya.
“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata; “Wahai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!, Ia menjawab; “Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (QS. as-Shaffat : 102).
Dengan persiapan yang begitu rapi, baik tempat dan pisau yang sudah diasah tajam. Maka nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail sudah bersedia untuk melaksanakan tugas suci dari Allah ini. Namun sebelum tugas dilaksanakan, Syaitan Laknatullah mengetahui perihal tersebut dan mengganggu mereka supaya membatalkan perintah yang begitu berat itu. Dengan segala cara syaitan mulai memujuk mereka bertiga, tapi dengan segala keyakinan mereka tidak terpujuk sama sekali. Malah sebaliknya nabi Ibrahim bersama siti hajar dan ismail melempar syaitan tersebut dengan batu, yang menjadi tradisi melempar jumrah dalam ibadah haji hingga sekarang.
Ketika pisau sudah di atur di tengkok Ismail dan siap untuk menembusi kerongkong memutus tali kehidupan, dengan memejamkan mata dan menyebut nama Allah nabi Ibrahim mengayunkan pisau di leher Ismail. Namun ketika pisau telah menembusi leher yang dapat dirasakan oleh nabi ibrahim, beliau menjadi hairan. Ismail yang tidak mengeluarkan suara sama sekali, dan apabila beliau membuka mata, sekali lagi keajaiban terjadi, sebelum nabi ibrahim menyembelih Ismail, Allah mengantinya dengan seekor kambing besar. Hal ini yang membuat nabi ibrahim lebih cinta dan bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla.

Demikianlah 2 kisah Qurban yang di kisahkan di dalam kitab suci Al-Quran sebagai pedoman kepada kita. Berqurbanlah dengan seikhlas hati untuk mencari KEREDHAAN ALLAH.
Wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan