JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Isnin, 7 Oktober 2013

Bahagian 1: Ibadah Qurban dan Kaifiatnya

Assalamualaikum Wrmbth

Kami ingin berkongsi serba sedikit tentang Ibadah Qurban dan kaifiatnya. Ini adalah sebagai pengingat kepada kami sendiri dan kepada seluruh umat islam khususnya di Malaysia tentang maksud, tatacara dan hukum yang berkaitan yang mungkin kita terlupa. Mohon pencerahan daripada ahli-ahli agama yang lebih fasih jika terdapat khilaf daripada post ini. InsyaAllah.

Tafsiran QURBAN
Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an'am yang disembelih pada hari Nahar dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah.

Terdapat dua jenis Qurban:
  • Qurban Nazar - iaitu qurban yang wajib bagi individu yang berazam untuk melakukan qurban nazar
  • Qurban Sunat - iaitu qurban bukan niat bernazar. Ia dikira sunat kerana tidak ada sebab mewajibkannya
 Hukum ibadah Qurban ialah Sunat Muakkad. Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah al-Saafat ayat 107. Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim. Menurut pandangan jumhur ulama hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat (sunat muakkadah) bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ’ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.

Hukum Daging Qurban
  • Ditegah memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagai mana juga ditegah memberikan daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam.
  • Manakala hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang bukan Islam, para ulama memberi padangan yang berbeza-beza.
Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah qurban sama ada wajib atau sunat.

Bahagian atau anggota sembelihan qurban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan qurban.

Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat (tatawu’)memakan daging qurbannya.

Pembahagian daging qurban sunat ada beberapa cara iaitu:
(a) Menurut pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hanbali23 daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan kepada hadith Ibn Abbas seperti yang berikut:

1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan
ahli keluarganya.
1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai
termasuk orang kaya atau jiran-jiran atau saudaranya.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan