JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Khamis, 24 Julai 2014

Promosi Kambing Golek Syawal

Assalamualaikum Wrmbth

Meriahkan Syawal anda dengan rumah terbuka bersama sanak saudara dan sahabat handai. Bersempena Syawal yang mulia ini, kami menawarkan PAKEJ KAMBING GOLEK SYAWAL  
hanya RM900 Sahaja.

Kami akan menyajikan anda kambing golek yang berkualiti tinggi dengan keenakan rasa yang tidak akan dilupakan.
 
Kami menawarkan perkhidmatan kambing golek berserta hidangan sampingan yang bertaraf hotel 5 bintang:
  • Sos lada hitam buatan sendiri yang berkrim dan membuka deria rasa
  • Pilihan coleslaw yang menyegarkan atau salad yang menyihatkan
  • Pilihan mashed potato yang diperisakan atau wedges yang rangup keemasan

Terdapat juga Pakej Add-On Hanya Tambahan RM150, kami akan berikan:
  • Sos pudina gabungan terbaik bersama daging yang dibakar empuk
  • Mushroom soup yang enak dan mengenyangkan
  • Garlic bread dengan sensasi perisa bawang putih yang menyelerakan.

HUBUNGI SEKARANG, TEMPAT TERHAD
017-3047278/019-6969515

Ahad, 20 Julai 2014

Mencari Lailatul Qadr

Assalamualaikum Wrmbth

Alangkah cepat masa berlalu dan semakin jauh Ramadan nak meninggalkan kita. Telah sampai 10 malam terakhir Ramadan yang mana terletaknya 1 malam yang penuh Baraqah iaitulah Malam Lailatul Qadr.

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Marilah kita berazam untuk mencapai kurniaan Allah yang tiada taranya.

InsyaALLAH..

Isnin, 14 Julai 2014

Beraqiqah Sambil Menderma


Assalamualaikum Wrmbth

Ya ALLAH, selamatkan Palestin dan umat Islam daripada ditindas oleh kafir laknatullah..

Kami di UMM Baraqah Agrofarm sangat terpanggil untuk menjadi wadah menyampaikan bantuan kepada saudara semuslim kita di Gaza yang sedang menghadapi tekanan daripada pihak Israel laknatullah.

Kami melancarkan Tabung Untuk Gaza melalui belian Pakej Aqiqah kami. Kami akan salurkan sebanyak RM5.00 daripada setiap belian. Sumbangan akan disalurkan terus kepada NGO-NGO yang berkhidmat untuk Palestin.

Pakej Aqiqah Mentah:
  1. Biri-biri Aqiqah 20~30kg - RM760.00(RM5 ke Tabung Untuk Gaza)
  2. Biri-biri Aqiqah 30~35kg - RM780.00(RM5 ke Tabung Untuk Gaza)
  3. Biri-biri Aqiqah 35~40kg - RM800.00(RM5 ke Tabung Untuk Gaza)

Pakej Aqiqah Siap Masak:
  1. Jenis masakan: Gulai Kawah, Kurma, Masak Hitam - RM1,100.00/ekor
  2. Jenis masakan: Rendang, Kuzi, Briani                       - RM1,200.00/ekor
Pakej Golek Aqiqah:
  1. Pakej RM1,200.00
Pakej sampingan:
  • Sos Blackpepper
  • Coleslaw
  • Mashed Potato


Bersama kita beraqiqah sambil menderma bagi membantu saudara kita di Palestin dari segi, Ubat-ubatan, Makanan, Selimut, dan sebagainya.

HUBUNGI 017-3047278/019-6969515

Rabu, 2 Julai 2014

Pakej Aqiqah Jariah Datang Lagi!!





Assalamulaikum Wrmbth

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". (HR al-Tirmizi)
Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." (HR Bukhari) 


Berdasarkan hadith di atas, maka WAJIB bagi kita untuk meringankan beban mereka yang memerlukan terutamanya Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin dalam memberikan seberapa mampu sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan dan sebagainya.





Kami di UMM Baraqah turut terpanggil untuk memberikan ruang dan menyediakan medium bagi menyampaikan hajat anda sambil beribadah.

Bersempena dengan kehadiran Ramadan pada Tahun 2014 ini, kami menawarkan kembali
 PAKEJ AQIQAH JARIAH:

  • Pakej Aqiqah Siap Masak Hanya RM 1,000 Sahaja(Pakej Normal RM1,100)
  • Pakej Aqiqah Mentah Siap Proses Hanya RM 770 Sahaja(Pakej Normal RM800)

Kami akan sampaikan sumbangan anda ke Rumah Anak-anak Yatim Terpilih secara PERCUMA

Untuk Maklumat Lanjut HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515 


Marhaban Ya Ramadan!!!



Assalamualaikum Wrmbth

Marhaban Ya Ramadan! Marhaban Ya Ramadan!..Kami sangat menanti kedatanganmu...

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T, kita ditemukan semula dan yang penting diberi peluang oleh yang Allah S.W.T untuk bertemu dengan bulan yang penuh baraqah, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan yang mulia iaitulah bulan Ramadan Al-Mubarak.

Setelah selama 11 bulan kita bergelumang dengan nafsu dan dosa, sampailah masanya untuk kita sucikan jiwa, raga, harta kita dan terus istiqamah walaupun Ramadan pergi meninggalkan kita. Inilah bulan yang dibuka seluas-luasnya pintu rahmat dan keampunan Allah. Mungkin kita biasa mendengar para ustaz atau alim ulama menyebut tentang kebaikan Ramadan saban tahun, tetapi berapa banyak yang kita dapat serapkan di dalam hati dan sematkan di dalam jiwa, memahami dan menghayati erti sebenar pengajaran yang dibawa bersama-sama Ramadan untuk kita amalkan terus menerus pada sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita.

Sabda Rasulullah S.A.W

“Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjadikan pemisah berupa sebuah parit antara dia dengan api neraka yang jarak parit tersebut antara langit dan bumi” (HR. Turmudzi dan Thabrani).

Marilah kita berazam untuk menjadikan Ramadan tahun ini sebagai pemangkin menuju ke arah perubahan daripada yang kurang baik, daripada jahil kepada yang lebih baik. Jadikanlah bulan mulia ini sebagai medium bagi mencorak semula sahsiah diri dan akhlak:

  • Daripada yang jahil kepada yang arif
  • Daripada yang bakhil kepada yang dermawan
  • Daripada yang baik kepada yang cemerlang
  • Daripada yang mazmumah kepada yang mahmudah

Wallahua'lam...