Assalamualaikum Wrmbth
Saudaraku sekalian, Palestin sedang di asak dengan sepenuh kekuatan oleh Zionis Laknatullah. Kanak-kanak, wanita dan warga tua menjadi mangsa kekejaman yang maha zalim. Apakah usaha kita untuk membantu mereka? Adakah kita hanya akan berpeluk tubuh? Atau buat tidak peduli?
Kita sebagai orang awam tidak mampu untuk bertempur di medan perang, mengangkat senjata dan syahid. Dengan kekangan yang kita hadapi sekarang, yang mana kita mampu untuk menyumbang dengan cara menyalurkan wang ringgit dan bersenjatakan doa.
Disebabkan oleh peperangan, mereka kekurangan dari segala segi, Makanan, Ubat-ubatan, Pakaian, Tempat Berteduh dan pelbagai lagi kesusahan. Sedangkan kita sekarang sedang menikmati kemewahan dan kekenyangan akibat terlebih makan.
Kami juga sangat merasa terpanggil untuk menjadi wadah bagi menyampaikan segala bentuk bantuan yang termampu. Sebelum ini kami telah melancarkan Tabung Untuk Gaza melalui Pakej Aqiqah Jariah yang mana setiap pembelian Pakej Aqiqah Atau Bukan Aqiqah, RM5 akan disalurkan ke Tabung Untuk Gaza untuk disampaikan melalui NGO-NGO yang berjuang untuk Palestin.
Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kami mendoakan agar Ibadah Aqiqah tuan/puan diterima oleh Allah dan semoga bertambah baraqah dengan sumbangan tersebut.
Kami dengan rendah dirinya ingin mempertingkatkan seruan kami melalui Pakej Aqiqah Tabung Untuk Gaza bagi mengumpul dana membantu dari segala sudut saudara semuslim kita yang dizalimi oleh Zionis Laknatullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan