Selasa, 30 September 2014
Apakah Qurban?
Assalamualaikum Wrmbth
Marilah kita bersyukur kepada Allah Ta'ala di atas rahmat dan kurniaannya kita bakal bertemu dengan Aidil Adha yang akan menjelang tiba. Setiap tahun Aidil Adha akan tiba, namun pada setiap tahun itulah kita sering terlupa tentang kaifiat, hukum dan sejarah Qurban. Mari kita bersama mengulangkaji semula apakah yang dimaksudkan dengan Qurban, Hukum-hukum yang terlibat dan kaifiatnya.
Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan al-Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36
Hukumnya adalah sunat (sunat muakkadah). Amalan ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Amalan ini menjadi satu amalan tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan haiwan ternakan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. Pelbagai adab dan cara orang ramai ketika hendak melakukan amalan penyembelihan qurban.
Qurban
Nama bagi sesuatu yang diqurbankan atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Hari Raya Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah SWT
Hikmah Ibadah QurbanIa disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT di atas segala nikmat-Nya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun
Bersambung.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan