JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Ahad, 19 April 2015

Rakan Rumah Anak Yatim UMMBR

Assalamualaikum Wrmbth

Kami bawakan anda video antara rumah anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal yang telah menjadi rakan kami sejak sekian tempoh. Mereka sangat memerlukan bantuan terutamanya dari segi prasarana, kewangan mahupun bantuan persekolahan.

Kami hanyalah antara rakan sekelumit yang menjadi wadah penyampaian bantuan terutamanya yang melibatkan Aqiqah Jariah.

Untuk keterangan lanjut berkenaan rumah kebajikan berkenaan serta dalam penyampaian bantuan, sila hubungi Puan Muhsinah 0193488134

Sayangi Anak Yatim & Fakir Miskin

Wallahua'lam

Resepi Aqiqah Hari ini

Assalamualaikum Wrmbth


Selamat berhujung minggu bersama keluarga kami ucapkan kepada anda. Semoga anda sekeluarga sentiasa di dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Pada hari ini kami ingin kongsikan kepada anda resepi enak yang menjadi kegemaran peminat-peminat makanan arab terutamanya. Menu tersebut sangat sinonim dengan nasi arab namun ianya juga sesuai di hidang bersama pelbagai jenis nasi, roti dan lempeng.

Hidangkannya di Majlis Aqiqah anda, pastinya majlis anda sentiasa diingati oleh sanak saudara mahupun rakan-rakan.

Kambing Aqiqah Masala

Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong saiz 1~2 inci),gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak.

Bahan dikisar bersama :-
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai
-----------------------
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sudu kecil biji jintan putih
1/2 sudu kecil biji jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk Garam Masala
2 gelas air
Garam secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.
Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala.
Gaul sebati dan biarkan seketika. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.

Sedia untuk dihidangkan. Wallahua'lam

SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 17 April 2015

Resepi Aqiqah Hari Ini

Assalamualaikum Wrmbth

Pada hari ini kami kongsikan dengan anda satu lagi hidangan klasik yang akan membuka selera anda terutamanya yang akan memeriahkan Majlis Aqiqah anda.

Kambing Aqiqah Masak Palembang

Bahan-bahan:
700 gram kambing aqiqah – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Hablals)
minyak
 
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
 
Rempah penumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
 
Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
5. Akhir sekali masukkan kerisik.
6. Siap dihidang dan enak dimakan dengan pelbagai jenis nasi dan roti

SELAMAT MENCUBA..