JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Jumaat, 17 April 2015

Resepi Aqiqah Hari Ini

Assalamualaikum Wrmbth

Pada hari ini kami kongsikan dengan anda satu lagi hidangan klasik yang akan membuka selera anda terutamanya yang akan memeriahkan Majlis Aqiqah anda.

Kambing Aqiqah Masak Palembang

Bahan-bahan:
700 gram kambing aqiqah – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Hablals)
minyak
 
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
 
Rempah penumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
 
Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
5. Akhir sekali masukkan kerisik.
6. Siap dihidang dan enak dimakan dengan pelbagai jenis nasi dan roti

SELAMAT MENCUBA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan