JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Sabtu, 24 Oktober 2015

AGEN DIPERLUKAN


Assalamualaikum Wrmbth

Sudah hampir 1 tahun sejak kami melancarkan produk baru keluaran UMM Baraqah iaitu Daging Perap BBQ dan Bebola Daging, Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala yang telah melimpahkan rahmat dan rezeki yang tidak terhitung banyaknya. Kami telah menerima respon dan sambutan yang amat menggalakkan dikalangan pelanggan yang telah mencuba produk kami. 

Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi peluang perniagaan ini bersama dengan anda terutamanya bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan. Kami juga menyasarkan untuk membantu melahirkan usahawan muslim samada dalam skala kecil sehingga besar.

Kami sangat mengalu-alukan penglibatan anda sebagai AGEN produk kami. Kesemua produk keluaran kami adalah sedia untuk dipasarkan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian berikut:

Telefon/sms : 019-6969515

Whatsapp    : 019-6520791

Email           : baraqahagrofarm@gmail.com

Marilah kita menuju kearah kejayaan melalui perniagaan. Jangan lepaskan peluang ini bagi membantu mempertingkatkan ekonomi keluarga sekaligus memperkukuhkan ekonomi umat islam khasnya.

Ahad, 4 Oktober 2015

Resepi Aqiqah Hari Ini

STEW KAMBING

500gm daging kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah

1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Cara-cara

Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.



Selamat Mencuba...