JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Isnin, 5 Januari 2015

Pakej Aqiqah Tahun 2015


Assalamualaikum Wrmbth

Tahun 2014 sudah berlalu pergi dengan kita yang masih ada perlu muhasabah diri bagi menghadapi tahun 2015. Masa untuk kita mencongak semula pencapaian sepanjang 2014. Yang baik kita jadikan lebih baik pada tahun baru dan yang kurang baik kita jadikan iktibar.

Kami di UMM Baraqah Agrofarm mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan kepada kami sepanjang tahun 2014. Kami memohon jutaan kemaafan di atas segala kelemahan diri kami jika perkhidmatan kami ada yang kurang memuaskan. InsyaALLAH kami berazam untuk memperbaikinya dari masa ke semasa. Kami sangat menghargai segala komen-komen, pandangan, cetusan idea yang telah diberikan oleh semua pihak.

Bila masuk sahaja tahun baru, ramai peniaga yang bercadang untuk menaikkan harga jualan dagangan sesuai dengan peredaran masa dan keadaan ekonomi semasa. NAMUN, kami di UMM Baraqah Agrofarm akan terus komited mengekalkan lingkungan harga PAKEJ-PAKEJ kami dan berusaha untuk memastikan semua orang mampu untuk melaksanakan ibadah aqiqah yang mulia ini.

Kami MENGEKALKAN HARGA KAMI dan MEMBERIKAN KHIDMAT YANG LEBIH BAIK DAN MESRA:

Pakej Siap Proses
  • Berat 25~30kg RM760.00
  • Berat 30~35kg RM780.00

 Pakej Kambing Golek
  • Pakej Aqiqah         RM1,200.00
  • Pakej Non-Aqiqah RM950.00
 Pakej Siap Masak
  • Pakej A - RM1,100(Menu: Gulai Kawah, Kurma, Masak Kicap, Sup dsb)
  • Pakej B - RM1,200(Menu: Kuzi, Briani, Masak Hitam Berempah dsb)

Dan banyak lagi produk-produk keluaran kami yang siap sedia seperti, bebola daging kambing, daging burger kambing, susu kambing dsb

Khamis, 18 Disember 2014

Fakta Sebenar Daging Kambing!!


Assalamualaikum Wrmbth

Tahukah anda bahawa daging kambing adalah antara makanan yang paling digemari oleh Rasulullah S.A.W?
Maka ianya juga tergolong antara makanan sunnah yang sepatutnya menjadi amalan kita. Ramai dikalangan kita yang dimomok-momokkan dengan keburukan daging kambing/biri-biri samada melalui media cetak, saluran perubatan, artikel dan sebagainya. 

Hakikat Sebenar Daging Kambing/Biri-biri...

Daging kambing yang rendah kandungan protiennya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.



Islam mengajar kita agar bersederhana dalam semua perkara, walaupun daging kambing itu menyihatkan namun, jika makan terlalu berlebihan, terlalu kenyang sehingga memudaratkan kesihatan, pastilah akan mengundang penyakit-penyakit lain yang tidak dijangka.

Makan sihat, Amal Sunnah

Wallahua'lam... 

Isnin, 24 November 2014

STOK BARU AQIQAH


Assalamualaikum Wrmbth

Stok baru untuk Aqiqah telah masuk. Dapatkannya untuk Aqiqah dengan tawaran HARGA TERENDAH!! dan KUALITI TERBAIK!!


  • 30~35kg RM800 RM780 SAHAJA
  • 35~40kg RM850 RM800 SAHAJA
  • Pakej siap proses
  • Khidmat pemotongan PERCUMA
  • Penghantaran PERCUMA
  • Selembar bukti Aqiqah PERCUMA

TEMPAH SEKARANG!!

"Hanya Yang Terbaik Untuk Anda"

Newborn Lamb

















Assalamualaikum Wrmbth

Segala Puji-Pujian Bagi Allah, zat yang Maha Berkuasa dan Maha Agung.
Pada  minggu lalu, kandang kami dikejutkan dengan kelahiran anak biri-biri dari jenis Dorper melalui biri-biri yang di import dari Australia. Kami sendiri tidak menyangka akan melihat kekuasaan Allah Ta'ala dengan memelihara ibu dorper tersebut yang di import untuk tujuan sembelihan(Daging).

Kecekalan ibu Dorper ini mengharungi urusan pemunggahan masuk untuk penerbangan, di tambah pula dengan tekanan berada didalam penerbangan selama 7jam 30minit dari Melbourne, berasak-asak pula dengan biri-biri lain dan proses pemunggahan keluar serta perjalanan untuk sampai ke kandang kami memang cabaran yang hebat bagi ibu Dorper tersebut.

Sebelum ini kami hanya melihat dan mendengar kandang-kandang rakan ternak kami yang lain menerima kelahiran biri-biri pedaging import, kali ini dengan zat Allah kami sendiri mengalami pengalaman tersebut yang masih lagi segar di dalam ingatan kami. Ianya adalah satu keajaiban bagi kami kerana Allah menjaga dan memelihara ibu Dorper tersebut daripada disembelih. Kebetulan pula memang pada waktu tersebut kami sedang "clearkan" kandang untuk kemasukan stok baru.

Mungkin ianya bukanlah perkara yang terlalu besar atau menghairankan bagi umum, namun bagi kami ianya adalah kejadian yang sangat indah dan agung daripada perancangan yang Maha Pencipta. Jika diizinkan Allah, kami akan jaga anak Dorper tersebut sehingga besar dan merancang untuk menggunakan baka tersebut untuk projek penternakan biri-biri yang kami sedang jalankan.

Mohon doakan untuk kami agar semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah

Rabu, 19 November 2014

Kambing Golek Baraqah

Assalamualaikum Wrmbth

Bersempena cuti sekolah ini, pasti ramai yang merancang untuk laksanakan ibadah aqiqah, berkhatan, walimatulurus dan sebagainya.

Meriahkan majlis anda dengan sajian pilihan utama rakyat Malaysia yang tidak dapat ditolak dan tidak dapat dilupakan keenakan dan kenikmatannya iaitu Kambing Golek.

Kami telah berpengalaman melebihi 5 tahun dalam menyediakan perkhidmatan kambing golek. Disediakan oleh chef yang sangat berpengalaman dan hidangan sampingan yang melengkapkan majlis anda.

Cuti sekolah ini, kami hadiahkan anda pakej-pakej kambing golek dengan harga RUNTUH!!

  • Kambing Golek AQIQAH Hanya RM1,150 SAHAJA(Harga asal RM1,200)
  • Kambing Golek Non-Aqiqah Hanya RM850 SAHAJA(Harga asal RM950)
  • Pilihan side dishes: Sos black pepper, coleslaw/salad, mashed potato/wedges
  • Pakej Add-On Hanya RM150: Sos pudina, garlic bread & mushroom soup

Tempah sekarang, tempat sangat terhad!!

STOK AKHIR!!!

Assalamualaikum Wrmbth

CEPAT!!..CEPAT!!..PANGGILAN AKHIR UNTUK STOK AQIQAH MURAH..HANYA RM730 SAHAJA..

STOK HAMPIR HABIS!!!

Terima kasih kepada para pelanggan kami yang setia dan berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk kami.

Selasa, 11 November 2014

Sifat Baik Boleh Dicontohi

Assalamualaikum Wrmbth

Umum mengetahui bahawa dalam haiwan itu ada sifat-sifat manusia dan dalam manusia itu ada sifat-sifat haiwan. Kita sebagai manusia yang dikurniakan aqal fikiran oleh Allah S.W.T, wajib berfikir dan bermuhasabah diri sentiasa. Mari kita lihat apakah sifat-sifat yang ada pada seekor kambing, yang boleh dicontohi. Kita tidak meletakkan martabat kambing itu lebih tinggi daripada manusia, namun, sebagai hamba Allah yang beriman, kita hendaklah sentiasa berfikir dan mengkaji setiap ciptaan Allah untuk menunjukkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Pencipta.

Kambing mempunyai karektor seperti berikut;

1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.
 
Mengembala kambing juga mendidik supaya menjadi seorang yang pemimpin. Ianya turut akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Resepi Aqiqah Hari Ini

Assalamualaikum Wrmbth

Hari ini kami kongsikan masakan moden yang enak dan sangat mesra bahan-bahan masakannya bersama-sama daging Aqiqah yang sememangnya lembut. Pastinya menjadi ingatan bagi tetamu yang berkunjung ke majlis anda.

Kambing Blackpepper

Bahan-bahan: 500 g daging kambing
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan secawan air
2 susu besar lada hitam tumbuk
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dihiris:
5 ulas bawang merah 1 biji lada benggala hijau
2 ulas bawang putih
3 cm halia
1 labu bawang besar 

Cara menyediakan:  1. Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yang banyak ketika menggoreng. 2. Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada. 3. Panaskan minyak, goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat. 4. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan. 

Enak dihidang bersama pelbagai jenis nasi dan roti.

Selamat Mencuba...

Isnin, 3 November 2014

Resepi Aqiqah Hari Ini


Assalamualaikum Wrmbth

Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda antara resepi yang menjadi pilihan ramai pelanggan kami iaitu KUZI KAMBING/BIRI-BIRI. Kami berikan anda senarai bahan-bahannya untuk anda mencuba sendiri di rumah. Masaklah untuk suami/isteri/anak-anak anda dengan seikhlas hati sambil berselawat, InsyaAllah masakan anda akan bertambah berkat dan enak.


Bahan-bahan:
2 kg daging kambing, potong ikut suka
1 cawan susu cair
2 camca sedang kerisik
4 biji bawang besar, dihiris
1 cawan minyak masak
8 biji buah pelaga 2 btg kayu manis
2 biji limau nipis, diambil airnya
5 camca sedang puri tomato
5 tangkai cili hijau
1 cawan bawang goreng
1 ikat daun pudina dan daun ketumbar
Garam secukupnya
Air untuk mengempukkan daging     

Bahan-bahan perap:
3 camca sedang rempah beriani
2 sm halia, dikisar
1 camca sedang cili boh
10 tangkai cili hijau, ditumbuk kasar-kasar
10 tangkai cili merah, ditumbuk kasar-kasar
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
Cara menyediakan:

1. Daging digaul bersama bahan-bahan perap. Masukkan puri tomato, kerisik dan garam. Perap sejam. 
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, buah pelaga, kayu manis hingga kuning. Masukkan daging perap dan air. Masak hingga daging empuk.  3. Apabila daging empuk masukkan garam, susu cair, tomato, cili merah, cili hijau, air limau, daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng. Kacau hingga kuah pekat baru diangkat.

Kuzi kambing enak dimakan bersama pelbagai jenis nasi atau makan bersama roti.

Selamat Mencuba...