JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Isnin, 24 Jun 2013

PROMOSI BERBUKA PUASA

Assalamualaikum Wrmbth

Kami akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan PROMOSI YANG TERBAIK khas untuk penggemar-penggemar kambing golek. Sempena kehadiran Bulan Ramadhan Qareem, kami menawarkan DISKAUN ISTIMEWA bagi menyerikan majlis berbuka puasa anda.

Tempah kambing golek non-aqiqah untuk berbuka puasa sekarang dan nikmati harga hebat serendah RM850 sahaja. Bukan itu sahaja jika anda tempah lebih daripada 1 ekor pada hari yang sama, anda akan menikmati potongan sebanyak RM50.00 untuk kambing KEDUA dan seterusnya.

Ianya bukan habis disitu sahaja, kami akan hadiahkan juga sebekas tamar istimewa yang diimport khas seara PERCUMA bagi setiap ekor kambing.

Jangan tunggu lagi, rancang Majlis Berbuka Puasa anda sekarang, berilah makan kepada orang yang berpuasa, besar ganjarannya disisi Allah. Keuntungan di dunia dan Saham di akhirat.

HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515

PROMOSI SAH SEHINGGA SYAWAL.



Tempahan Kanopi dan Kipas Air

kanopi pyramid

kanopi arabian

kipas air/mist fan

Assalamualaikum Wrmbth

Terima kasih di atas sokongan semua para pelanggan kami di dalam menjayakan rentak syarikat kami, selain menyediakan perkhidmatan kambing/biri-biri aqiqah serta katering, kami turut menyediakan perkhidmatan sewaan kanopi dan mist fan bagi pelbagai majlis dan keraian. Kami menyediakan:

  • Kanopi arabian dengan scallop
  • Kanopi arabian tanpa scallop
  • Kanopi pyramid dengan scallop
  • Kanopi pyramid tanpa scallop
  • Meja buffet
  • Meja bulat dan alas
  • Meja segiempat dan alas
  • Kerusi pvc dengan tie
  • Kerusi banquet
  • Kipas Industri tanpa air
  • Kipas air/mist fan
Untuk maklumat lanjut sila telefon/sms ke 017-3047278/019-6969515 atau email ke baraqah237@gmail.com.

InsyaAllah, kami akan berikan perkhidmatan yang terbaik hanya untuk anda.

Khamis, 20 Jun 2013

Kenali Kambing Aqiqah Anda: Bahagian 2

Biri-biri

Kambing

Assalamualaikum Wrmbth

Topik pada kali ini ada KAMBING vs BIRI-BIRI. Mari kita kaji lebih mendalam tentang kedua-dua species ini dan lebih mengenali haiwan aqiqah anda.

Kambing tidak sama dengan biri-biri. Panggilan ‘kambing biri-biri’ itu ialah sebutan tempatan bagi biri-biri sahaja. Bagaimanapun, rupa dua jenis ternakan ini hampir sama.
Apa yang membezakan keduanya adalah pada nama, ciri-ciri ekor, istilah untuk dagingnya serta kandungan lemak dan kolesterol. Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu.

Daging kambing dalam bahasa Inggeris ialah chevon manakala daging biri-biri diberi nama mutton. Namun begitu, istilah lamb juga digunakan jika biri-biri disembelih pada umur muda.

Penjualan daging kambing khususnya daging kambing Boer masih tidak ketara di pasar raya. Paling biasa kelihatan di pasar raya ialah daging biri-biri. Harga daging biri-biri adalah jauh lebih rendah daripada daging kambing.

Pengusaha makanan sajian (katerer), hotel serta restoran lebih cenderung menggunakan daging biri-biri dalam masakan kerana harganya yang jauh lebih murah daripada daging kambing.


Tahukah anda bahawa, tekstur daging biri-biri lebih enak jika di bakar atau digulai. Komposisi daging yang padat menyebabkan ramai orang memilih biri-biri untuk dijadikan aqiqah berbanding kambing yang mempunyai daging yang kurang padat. 

Bagi tujuan aqiqah, eloklah dipilih biri-biri yang muda di antara umur 1 1/2 tahun hingga 2 tahun bagi mendapatkan keenakan tekstur daging yang kurang lemak dan lembut. 

Wallahua'lam..

Rabu, 12 Jun 2013

PROMOSI SEMPENA RAMADHAN

Assalamualaikum Wrmbth

Sempena kehadiran bulan yang penuh baraqah, Ramadhan Al-Mubarak, kami menawarkan promosi harga runtuh dengan kepuasan terjamin. Laksanakan aqiqah dari sekarang pada harga serendah RM750.00. Apa yang kami beri dengan tawaran harga ini:
  • berat hidup 38~42kg
  • termasuk sembelih dan lapah
  • khidmat potongan percuma
  • penghantaran percuma
  • selembar bukti pelaksanaan ibadah aqiqah
  • sekotak kurma PERCUMA(stok terhad)
Promosi ini sah bermula sekarang sehingga Syawal. Tempah sekarang.

HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515

Jumaat, 7 Jun 2013

Seruan Untuk Derma..

Assalamualaikum Wrmbth

Kami ingin menyeru kepada dermawan-dermawan di luar sana serta semua muslimin dan muslimat yang murah hati agar menyalurkan derma serta bantuan dari pelbagai sudut serta keperluan kepada Pusat Jagaan Desa Fahmi yang menempatkan anak-anak yatim serta fakir miskin.

Rumah jagaan ini adalah wakaf daripada seorang dermawan yang menginginkan untuk menyediakan sebuah tempat perlindungan dan kebajikan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan khususnya anak-anak yatim serta fakir miskin. Namun, pengurusan rumah jagaan tersebut menghadapi kesukaran dari segi dana dan fasiliti untuk melancarkan operasi rumah jagaan tersebut.

Dengan perbelanjaan bulanan yang hampir mencecah RM24,000 termasuk persediaan sekolah, bil-bil utiliti, makan serta minum, pusat ini memerlukan sumbangan-sumbangan daripada semua muslim bagi membela nasib anak-anak yatim ini.

Sebarang pertanyaan serta kemusykilan berkenaan cara penyaluran sumbangan berkenaan, boleh diajukan terus kepada:

En. Zairi            : 013-2059540
En. Salehuddin  : 011-1113347
En. Azizi           : 019-2717313
Pn. Muhsinah    : 018-2493302

Sumbanglah seikhlas hati walaupun hanya 10sen, namun pahala dan kebajikannya sangat besar disisi Allah Ta'ala. Carilah keberkatan di dalam hidup dan di dalam rezeki yang kita dapat dengan cara menginfakkan sedikit untuk saham akhirat.

Selasa, 4 Jun 2013

Kenali Kambing Aqiqah Anda: Bahagian 1





Assalamualaikum Wrmbth

Ada pepatah mengatakan bahawa "Tak kenal maka tak cinta". Sambil-sambil kami berurusniaga dengan para pelanggan kami, kami turut melakukan kajian tentang kefahaman terhadap kambing. Rata-rata rakyat Malaysia masih belum mengetahui atau tersalah tafsir tentang kambing dan spesisnya. Disini kami bukan sekadar menyediakan kambing dan lembu untuk aqiqah sahaja, tetapi kami sangat gembira untuk berkongsi sedikit ilmu yang Allah kurniakan kepada umum. Mudah-mudahan, yang sedikit itulah menjadi asbab keredhaan Allah daripada banyak ilmu tetapi tidak ada amal dan dakwah.

Nama saintifik bagi kambing adalah Capra aegagrus hircus. Kambing adalah daripada kelas mamalia dan berdarah panas. Di negara kita Malaysia, kambing hidup di seluruh kawasan di Malaysia dan kebanyakannya di ternak. Selain daripada Malaysia, negara-negara seperti Australia, Indonesia, Filipina dan beberapa buah negara di dunia lagi adalah antara pengeksport kambing yang utama dan mempunyai populasi kambing dan biri-biri yang besar. Kebanyakannya di ternak secara komersil untuk pasaran global. Namun, ada juga spesis kambing liar yang hidup di kawasan gurun dan berbukit. Maha Suci Allah yang tersangat hebat penciptaanNYA, kambing-kambing di kawasan-kawasan gurun dan bukit telah belajar cara hidup 'survival' untuk meneruskan kelangsungan hidup. Lihat gambar di bawah:

kambing panjat pokok

kambing panjat tembok

Kambing merupakan haiwan pemakan dedaun. Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ia kerana kebanyakan penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada makanannya sendiri. Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza. 

bersambung......