JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Khamis, 11 Julai 2013

Mengenali & Memahami Ramadhan: Bahagian 2

Assalamualaikum Wrmbth

Puasa adalah salah satu latihan yang dapat mengawal perilaku samada dari segi mental dan fizikal. Banyak umat islam di akhir zaman ini yang hanya sekadar menahan lapar dan haus sahaja lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Penghayatan yang begitu mendalam tentang kelebihan berpuasa ini tidak di ambil kira. Yang kita sibukkan ialah perancangan lauk pauk untuk berbuka puasa sahaja.

Bagaimana puasa boleh menjadikan seseorang itu daripada pemarah kepada penyabar, daripada bakhil kepada dermawan, daripada jahat kepada baik dan sebagainya?
Umat Islam pada zaman sekarang lebih cenderung untuk mencari ilmu agama, sifat untuk mentauhidkan Allah itu semakin menebal, peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah semakin banyak. Mari kita betulkan sikit persepsi umat islam sekarang, banyak umat islam terutamanya di Malaysia berpuasa di Bulan Ramadhan, tetapi kurang penghayatan. Ramai umat islam yang solat tetapi tidak khusyuk. Itu bukanlah masalahnya, fokus utama ialah ramai umat islam yang nak puasa. nak solat , nak jadi baik tetapi tak jadi-jadi.

Tahap ketaqwaan ada peringkat-peringkatnya, bukan semua orang yang belajar tentang agama akan pasti menjadi alim ulama', bukan semua orang yang belajar tentang ilmu perubatan akan pasti menjadi doktor. Sebenarnya, tahap keislaman dan kesedaran untuk solat umat islam di Malaysia masih lagi baik. Biarpun ramai yang pergi ke masjid tetapi tidak faham bacaan di dalam solat, itu bukan isunya. Isunya ialah yang pandai tetapi tidak amal.

Samalah juga dengan puasa, yang kita sibuk bahaskan ialah samada perlu lafaz niat atau tidak perlu lafaz niat. Lafaz atau tidak lafaz itu tidak penting. Yang penting ialah kita dah set dalam minda kita dari kecil sehinggalah tua, bila sampai bulan Ramadhan, maka kita kena puasa. Jangan jadi takalluf dan membazirkan banyak masa dalam membahaskan perkara-perkara yang ulama' terdahulu telah bahaskan.

Wallahu'alam

Produk Baru

Assalamualaikum Wrmbth

Kami di UMM Baraqah Agrofarm mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan kami yang terus memberi sokongan dengan kami samada terus menggunakan khidmat pembekalan kambing aqiqah mahupun tempahan katering.

Bersandarkan sokongan-sokongan tersebut, kami sentiasa cuba berusaha untuk menghasilkan produk-produk baru yang berkualiti dan memenuhi citarasa setempat.

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini kami akan memperkenalkan produk keluaran UMM Baraqah Agrofarm iaitu:

  1. Bebola daging kambing
  2. Bebola daging lembu
  3. Stik kambing(diperap) dengan pilihan bahan perapan yang berbeza

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi: 017-3047278/019-6969515
Tarikh produk keluar akan di war-warkan kelak.

Selasa, 2 Julai 2013

Mengenali dan Memahami Ramadhan: Bahagian 1

Assalamualaikum Wrmbth

Bulan yang kita rindui, bulan yang penuh baraqah, bulan yang penuh nikmat, Bulan Ramadhan telah hampir tiba. Bagi sesetengah daripada kita ada yang gembira dengan kehadirannya dan ada yang sedih. Itu semua bergantung kepada iman dan kefahaman masing-masing untuk menafsirkannya. Di samping kita memahami apa itu aqiqah dan kaifiat dalam melaksanakannya, marilah kita berkongsi ilmu berkenaan puasa serta hukum-hakamnya. Ini hanya sekadar perkongsian ilmu dari daie yang serba kekurangan ini. Pencerahan daripada pada ustaz dan murshid adalah sangat dipohon.


Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. 

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Wallahua'lam...