JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Rabu, 2 Julai 2014

Pakej Aqiqah Jariah Datang Lagi!!





Assalamulaikum Wrmbth

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". (HR al-Tirmizi)
Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." (HR Bukhari) 


Berdasarkan hadith di atas, maka WAJIB bagi kita untuk meringankan beban mereka yang memerlukan terutamanya Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin dalam memberikan seberapa mampu sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan dan sebagainya.





Kami di UMM Baraqah turut terpanggil untuk memberikan ruang dan menyediakan medium bagi menyampaikan hajat anda sambil beribadah.

Bersempena dengan kehadiran Ramadan pada Tahun 2014 ini, kami menawarkan kembali
 PAKEJ AQIQAH JARIAH:

  • Pakej Aqiqah Siap Masak Hanya RM 1,000 Sahaja(Pakej Normal RM1,100)
  • Pakej Aqiqah Mentah Siap Proses Hanya RM 770 Sahaja(Pakej Normal RM800)

Kami akan sampaikan sumbangan anda ke Rumah Anak-anak Yatim Terpilih secara PERCUMA

Untuk Maklumat Lanjut HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515 


Marhaban Ya Ramadan!!!



Assalamualaikum Wrmbth

Marhaban Ya Ramadan! Marhaban Ya Ramadan!..Kami sangat menanti kedatanganmu...

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T, kita ditemukan semula dan yang penting diberi peluang oleh yang Allah S.W.T untuk bertemu dengan bulan yang penuh baraqah, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan yang mulia iaitulah bulan Ramadan Al-Mubarak.

Setelah selama 11 bulan kita bergelumang dengan nafsu dan dosa, sampailah masanya untuk kita sucikan jiwa, raga, harta kita dan terus istiqamah walaupun Ramadan pergi meninggalkan kita. Inilah bulan yang dibuka seluas-luasnya pintu rahmat dan keampunan Allah. Mungkin kita biasa mendengar para ustaz atau alim ulama menyebut tentang kebaikan Ramadan saban tahun, tetapi berapa banyak yang kita dapat serapkan di dalam hati dan sematkan di dalam jiwa, memahami dan menghayati erti sebenar pengajaran yang dibawa bersama-sama Ramadan untuk kita amalkan terus menerus pada sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita.

Sabda Rasulullah S.A.W

“Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjadikan pemisah berupa sebuah parit antara dia dengan api neraka yang jarak parit tersebut antara langit dan bumi” (HR. Turmudzi dan Thabrani).

Marilah kita berazam untuk menjadikan Ramadan tahun ini sebagai pemangkin menuju ke arah perubahan daripada yang kurang baik, daripada jahil kepada yang lebih baik. Jadikanlah bulan mulia ini sebagai medium bagi mencorak semula sahsiah diri dan akhlak:

  • Daripada yang jahil kepada yang arif
  • Daripada yang bakhil kepada yang dermawan
  • Daripada yang baik kepada yang cemerlang
  • Daripada yang mazmumah kepada yang mahmudah

Wallahua'lam...


Isnin, 2 Jun 2014

Assalamualaikum Wrmbth

Kami ingin memperkenalkan dan mempromosikan menu baru bagi perkhidmatan katering yang kami tawarkan iaitu Set Nasi Arab dengan Harga hanya RM14/Pax dengan menu selengkapnya:

  • Nasi Arab
  • Ayam berempah atau ayam rendang
  • Daging masak hitam
  • Jelatah
  • Acar buah
  • Papedom
  • Tembikai
  • Air sirap limau
 Disediakan oleh chef berpengalaman berketurunan arab dan penggunaan bahan-bahan yang segar dan berkualiti. Meriahkan majlis anda dengan kelainan menu daripada timur tengah.

Assalamualaikum Wrmbth

Pada musim sekolah yang ini pastilah ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis-majlis sempena:
  • Aqiqah
  • Berkhatan
  • dan pelbagai keraian

Meriahkan majlis anda dengan hidangan yang menjadi pilihan no.1 Rakyat Malaysia iaitu Kambing Golek.
Kami menawarkan perkhidmatan kambing golek berserta hidangan sampingan yang bertaraf hotel 5 bintang:

  • Sos lada hitam buatan sendiri yang berkrim dan membuka deria rasa
  • Pilihan coleslaw yang menyegarkan atau salad yang menyihatkan
  • Pilihan mashed potato yang diperisakan atau wedges yang rangup keemasan
 Pilih samada pakej Aqiqah atau Bukan Aqiqah:
  • Kambing Golek Aqiqah            - RM1,200
  • Kambing Golek Bukan Aqiqah - RM900

Ahad, 4 Mei 2014

Ansuran Kambing & Lembu Korban

Assalamualaikum Wrmbth

Kami telah membuka tempahan bagi kambing/biri-biri untuk kegunaan Hari Raya Qurban. Kami menawarkan khidmat bayaran ansuran bermula daripada sekarang sehingga 1 hari sebelum Hari Raya AidilAdha. Buat tempahan sekarang.

  • Biri-biri 30~35kg - RM780.00
  • Biri-biri 35~40kg - RM800.00
  • Lembu 150~180kg - RM3,500.00(tertakluk harga pasaran semasa)
  • Lembu 180~210kg - RM4,000.00(tertakluk harga pasaran semasa)

Tempah Sekarang

HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515  

Resepi Hari Ini

Assalamualaikum Wrmbth

Kami kongsikan kepada anda antara 'Signature Dish' syarikat kami yang mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar daging kambing. Sajikanlah di dalam Majlis Aqiqah anda, pasti dapat menyerikan majlis anda.

Bahan-bahan ( 6 org mkn )

  • 1kg daging kambing
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 btg kulit kayu (ketuk sikit)
  • 2 kuntum bunga cengkih (ketuk sikit)
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 ulas bawang besar
  • 2cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili giling/mesin
  • Kicap
  • 2/3 sudu air asam jawa
  • sedikit gula merah
  • Garam & kunyit

Cara-cara

  1. Potong daging kambing mengikut kesesuaian anda. Bersihkan.
  2. Mesin/blendkan semua bahan. Gaulkan daging kambing tadi bersama dengan garam kunyit, bahan blend, cili mesin dan kicap. Perapkan selama 30 minit
  3. Panaskan minyak untuk menumis (2/3 sudu). Tumis bahan perap tadi. Kacau rata kemudian tutup periuk sekejap.
  4. Masukkan air asam jawa dan tambahkan air jika perlu untuk melembutkan daging tersebut. Bila daging dah lembut, masukkan gula merah. Masak sekejap. Siap untuk dimakan

Selamat Mencuba..

Khidmat Aqiqah Berkualiti

Assalamualaikum Wrmbth

UMM Baraqah Agrofarm menawarkan perkhidmatan AQIQAH yang berkualiti. Maksud kami berkualiti adalah ianya merangkumi segala aspek berkenaan :
  • layanan sebelum jualan yang mesra(pembekalan maklumat)
  • penyediaan kambing/biri-biri/lembu yang menepati kehendak Syara'
  • proses sembelihan dan lapah yang di uruskan oleh pakar MUSLIM yang berpengalaman
  • pemberian 'Bukti Aqiqah Anda' yang hanya terdapat di syarikat kami

Kami mengalu-alukan kunjungan anda ke kandang kami yang terletak di Klang. Kami akan menawarkan harga dan perkhidmatan yang terbaik dan telus.

  • Biri-biri 25~30kg - RM760.00
  • Biri-biri 30~35kg - RM780.00
  • Biri-biri 38~45kg - RM820.00(Supersized) 

Harga kami adalah yang terendah. Sila bandingkan harga kami.

HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515


Selasa, 11 Februari 2014

Stok Aqiqah Murah

Assalamualaikum Wrmbth

Berita baik kepada semua,

 Stok Aqiqah Murah hanya RM730 sahaja telah kembali!!!

STOK SANGAT TERHAD!!

TEMPAH SEKARANG!!

HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515


Isnin, 10 Februari 2014

Pakej Aqiqah Jariah

Assalamualaikum Wrmbth

Di atas permintaan ramai, kami di UMM Baraqah Agrofarm sekali lagi menawarkan promosi
Pakej Aqiqah Jariah dengan kos HANYA RM1,000 sahaja untuk masa TERHAD.

Kami akan masak kambing-biri-biri aqiqah anda dan kami akan bantu untuk menyalurkan kepada Rumah-rumah Anak Yatim samada pilihan kami ataupun pilihan anda sendiri.

Para Hadirin yang kami hormati dan dimuliakan, sumbangan anda kepada anak-anak yatim dan golongan fakir miskin ini sangatlah bermakna kepada mereka. Rebutlah ganjaran berganda ibadah anda bagi jaminan Saham Akhirat. Ramai di kalangan mereka yang sangat mengharapkan sumbangan anda.

HUBUNGI SEKARANG 017-3047278/0196969515

Palestin dan saudara muslim kita

Assalamualaikum Wrmbth

Kami di UMM Baraqah Resources bukan hanya menggunakan medium blog ini hanya untuk pengiklanan semata-mata, kami turut ingin menjadi wadah bagi menimbulkan kesedaran kepada kita semua yang mengaku dan berikrar sebagai muslim.

Perkongsian pada kali kami ingin membuka minda kita semua dan mengetuk pintu hati kita agar kita sentiasa ingat bahawa saudara muslim kita samada di dalam mahupun di luar Negara Malaysia, hidup di dalam keadaan yg serba kesusahan dan ditimpa musibah. Mungkin isu Palestin, Syria, Mesir dan Negara-negara islam lain yang diratah oleh musuh-musuh islam telah lama di bangkitkan dan diperdebatkan. Namun, dengan kesenangan dan keamanan yang kita nikmati di Negara kita yang dicintai ini, kita sering terleka seketika atau terlupa sejenak rintihan dan kepahitan yang ditanggung mereka.

Ulama Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Gaza dan melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.
 
“Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakyat Palestin adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu Muslim mengikut keupayaan masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab ini”, tegas Qardawi dalam ucapannya sebelum demonstrasi besar-besaran menyokong Gaza diadakan di Doha.

Kami di sini ingin mengajak semua muslim berazam agar sematkanlah di dalam doa kita sehari-hari untuk kesejahteraan dan keselamatan kepada mereka. Walaupun kita tidak berdaya untuk menghulurkan bantuan dari segi tenaga mahupun wang ringgit, DOA adalah senjata yang paling berkuasa bagi orang muslim.

Mudah-mudahan, Allah Ta'ala memberi kemenangan kepada Umat Islam diseluruh dunia samada di medan dakwah ataupun di medan perang.

Wallahua'lam.