Assalamualaikum Wrmbth
Kehadiran Aidil Adha semakin dirasai, sudahkan anda mendapatkan stok qurban? Khusus untuk belian pukal samada Penternak, Penjual Kambing, Masjid, Surau, Persatuan atau Individu, kami menawarkan harga pukal
HANYA RM650~680 SAHAJA
DAPATKAN STOK ANDA SEKARANG!!
HUBUNGI 017-3047278/019-6969515
Rabu, 17 September 2014
Isnin, 8 September 2014
Harga Terkini Hari Raya Qurban
Assalamualaikum Wrmbth
Hari Raya Qurban semakin hampir, adakah kita sudah bersedia mendapatkan kambing/biri-biri atau lembu? Alhamdulillah jangan pening-pening lagi, kami sedia memenuhi permintaan anda bagi melaksanakan ibadah yang mulia ini.
Kami menawarkan pakej-pakej terkini bagi Hari Raya Qurban dengan kualiti terbaik:
Lembu
- Berat hidup 200 ~ 230kg RM3,800(tanpa proses)
- Berat hidup 230 ~ 250kg RM4,000(tanpa proses)
Biri-biri
- Berat hidup 30 ~ 35kg RM700(tanpa proses)
- Berat hidup 35 ~ 40kg RM750(tanpa proses)
- Berat hidup 30 ~ 35kg RM 780 siap proses
- Berat hidup 35 ~ 40kg RM830 siap proses
Penghantaran PERCUMA dan hadiah penghargaan daripada kami PERCUMA(bagi siap proses)
Kami juga membuka peluang BELIAN PUKAL bagi PENTERNAK DAN PIHAK MASJID dengan harga yang rendah.
HUBUNGI SEKARANG 017-3047278/019-6969515
Isnin, 25 Ogos 2014
Khasiat Susu Kambing
Assalamualaikum Wrmbth
Pada hari ini kami akan kongsikan sedikit artikel dan fakta tentang khasiat susu kambing. Allah S.W.T menciptakan sesuatu dengan kelebihan dan maksud masing-masing, namun kita bukanlah meletakkan yakin ke atas makhluk, Allah jualah yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Susu
kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan,
antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat
penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga
batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam
pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu
kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. antara kebaikan lain susu kambing ialah:
|
Jumaat, 22 Ogos 2014
Mitos Kambing Penyebab Darah Tinggi
Assalamualaikum Wrmbth
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. uraikanlah kolesterol itu dengan kolesterol kambing.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.
Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal , Kelenjar Pitutary , Hati , Hempedu , Pankreas , Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.
Kambing sering
dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak
sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan
dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi
kambing.
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

- Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
- Kolestrol daging lembu dan ayam.
- Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
- Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
- Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
- Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
- Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
- Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. uraikanlah kolesterol itu dengan kolesterol kambing.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.
Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal , Kelenjar Pitutary , Hati , Hempedu , Pankreas , Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.
Sedikit perkongsian. Wallahua'lam
Nabi-nabi Mengembala Kambing
Assalamualaikum Wrmbth
Mari kita amati, mengapa Allah turunkan para Nabi-nabi dengan permulaan sebagai pengembala kambing.
Hikmah Allah jadikan para nabi sebagai pengembala Kambing
Allah mempersiapkan Rasulullah shollAllahu alaihi wa sallam menjadi pemimpin umat yang tidak berlepas tangan dan tidak bekerja, sehingga dapat menjadi contoh teladan umatnya. Demikian juga para Nabi.
Para Nabi Menggembala Kambing
Para nabi semuanya menggembalakan kambing sebagaimana sabda Rasulullah shollAllahu alaihi wa sallam:
"Tidaklah Allah mengutus seorang nabi kecuali telah menggembalakan kambing." (HR. Bukhori dan Muslim)
Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin rohimahumAllah menyatakan, Tidak ada seorang nabi yang Allah utus kecuali menggembalakan kambing. Seluruh nabi yang Allah utus pertama kali menggembalakan kambing, agar mereka mengetahui dan berlatih mengurus dan mengatur dengan baik. Allah mengatur kambing sebagai haiwan gembala mereka, kerana penggembala kambing akan mendapatkan ketenangan, kelembutan dan kasih sayang. Hal ini kerana ia menggembalakan haiwan ternak yang lemah, berbeda dengan penggembala unta, kerana penggembala unta lebih banyak memiliki kekerasan dan kekasaran. Ini memang kerana unta sendiri kasar, kuat dan keras. (Dinukil dari kitab As Siroh An Nabawiyah min Kalami Abdurrahman Nashir Al Sa’di dan Muhammad bin Sholih Al Utsaimin, disusun oleh Muhammad Riyaadh Ali Ahmad, Maktabah Al Rusyd, Halaman 14).
Sebagian mereka dikisahkan Allah dalam Al Quran, seperti kisah nabi Musa dalam firman Allah:
Berkata Musa: “Ini adalah tongkatku, aku bertelekan padanya, dan aku pukul (daun) dengannya untuk kambingku, dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya.” (QS. Thohaa: 18)
Jelas dalam ayat ini nabi Musa menggembalakan kambing. Demikian juga Rasulullah shollAllahu alaihi wa sallam menggembalakan kambing sejak kecil dalam pemeliharaan ibu susuannya di pedalaman bani Sa”ad.
Menggembalakan Kambing di Bani Saad
Nabi Muhammad shollAllahu alaihi wa sallam mulai menggembalakan kambing sejak masih berada di pedalaman Bani Sa’ad ketika diasuh Halimah Al Sa’diyah dan dalam usia yang dini sekali. Hal ini diakui beliau sendiri ketika menyatakan: Ibu Susuanku dari bani Sa’ad bin Bakar, lalu aku dan anak ibu susuanku tersebut berangkat menggembalakan ternak kami tanpa membawa bekal, lalu aku berkata, Wahai saudaraku, pulanglah mengambil bekal dari ibu kita. Lalu ia berangkat dan aku tinggal bersama ternak. Lalu terjadilah kisah pembelahan dada beliau. (Lihat Al Bidayah wa An Nihayah, Ibnu Katsir 2/299 dan Imam Adz Dzahabi menyatakan dalam Sirohnya hal 48: Ini shohih. Lihat kitab As Siroh An nabawiyah Fi Dhou’i Al Mashodir Al Ashliyah, karya DR. Mahdi Rizqullah Ahmad, halaman 116-117)
Menggembalakan Kambing di Kota Mekkah
Beliau walaupun berada dalam kasih sayang yang besar dari pamannya, namun hal itu tidak membuat beliau manja dan malas, bahkan segera menggunakan kemampuannya untuk mencari kerja dan menyusahkan dirinya membantu pamannya dalam mencukupi keperluan hidupnya dan keluarga pamannya. Hal ini menunjukkan pribadi dan tabiat yang luhur dan baiknya beliau dalam bergaul dan membantu orang lain. Demikianlah kita lihat beliau bersusah payah membantu perekonomian Abu Tholib yang memang dikategorikan tidak kaya tersebut dengan memelihara dan menggembalakan kambing, sebagaimana beliau sampaikan sendiri dalam sabdanya:
"Tidaklah Allah mengutus seorang nabi kecuali telah menggembalakan kambing. Lalu para sahabat beliau bertanya: Demikian juga engkau?" Beliau menjawab: "Ya, Aku dahulu menggembalakan kambing milik seorang penduduk Mekkah dengan imbalan beberapa qiraath." (HR. Bukhori dan Muslim)
Satu qiraath sama dengan seperduapuluh dinar.
Beberapa Pengajaran dari Peristiwa Ini
Para Ulama menjelaskan beberapa hikmah dan faedah nabi dibina dan dilatih dengan menggembalakan kambing. Di antaranya:
Pertama, melatih Nabi menjadi seorang yang tenang dan memiliki ketahanan dalam menghadapi kesulitan-kesulitan hidup. Demikian juga melatih beliau agar menjadi orang yang sabar, lemah lembut, penyayang, memperhatikan nasib yang lemah yang didapatkan dari bergaulnya beliau dengan binatang yang lemah seperti kambing.
Kedua, menggembala kambing dapat memberikan beberapa sifat baik, di antaranya:
1. Sabar, sebab penggembala dituntut menunggu dan menjaga serta mengawasi binatang gembalaannya sejak matahari terbit sampai tenggelam, sehingga dapat melatih kesabarannya. Hal ini dapat dilihat dari lambatnya kambing makan, sehingga penggembala memerlukankan kesabaran tinggi menghadapinya. Demikian juga dalam melatih manusia.
2. Sifat tawadhu (rendah hati).
3. Kasih sayang dan kelembutan terhadap yang lemah, sebab penggembala harus dapat membantu dan merawat kambing tersebut bila sakit atau patah tulang atau yang lainnya.
4. Cinta usaha dan mandiri.
5. Kekuatan tubuh, akibat tempaan alam tempat beliau menggembalakan kambingnya.
6. Keberanian.
7. Kecekapan mengatur dan mengendalikan urusan.
Ketiga, Al Hafidz Ibnu Hajar menyatakan, Para ulama menyatakan hikmah dari dibinanya para Nabi dengan menggembalakan kambing sebelum kenabian adalah agar mendapatkan dengan menggembala tersebut latihan menanggung amanat yang akan mereka pikul berupa melatih dan mengurusi umatnya dan juga kerana bercampur dengannya akan memberikan kepada mereka sifat sabar dan penyayang kerana mereka jika sabar menggembalakannya dan mengumpulkannya setelah bercerai berai di tempat penggembalaan dan menggiring mereka dari satu padang rumput ke padang rumput lainnya serta melindungi mereka dari serangan binatang buas dan yang lainnya. Mereka juga mengetahui keragaman tabiat mereka dan sangat mudahnya bercerai berai padahal mereka lemah dan perlu penjagaan akan menjadikan mereka sabar mengurus umatnya.

Selasa, 19 Ogos 2014
Mengapa Perlu Menjalankan Ibadah Aqiqah
Assalamualaikum Wrmbth
Ada segelintir daripada kita yang masih kurang peka dengan kepentingan ibadah aqiqah. Ibadah aqiqah adalah antara salah satu sunnah Nabi S.A.W. Setiap ibu dan bapa mahukan anak-anak yang soleh, berbakti dan membawa kebahagaian kepada keluarga. Aqiqah adalah salah satu cara untuk menanamkan nilai-nilai rohaniah kepada anak-anak yang masih suci. Dengan beraqiqah diharapkan anak tersebut akan sentiasa sihat zahir dan batin, dikurniakan oleh Allah dengan kecerdasan minda dan tubuh badan.
Mari kita bayangkan jika kita memiliki satu harta yang bernilai namun harta tersebut masih dalam keadaan tergadai, maka pasti kita akan berusaha sedaya mungkin untuk menebusnya. Samalah juga halnya dengan ibadah aqiqah, ianya adalah usaha kita untuk menebus anak kita yang tergadai. Tergadai ini disifatkan sebagai rohaniahnya. Dengan beraqiqah juga adalah satu cara untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada kurniaan Allah yang tidak ternilai, diberikan zuriat tanpa perlu dibayar.
Namun, amat sayang sekali kerana ramai yang masih tidak mengutamakan sunnah ini yang akan membantu melengkapkan kitaran pembentukan sifat anak-anak kita. Andainya kita kurang arif atau tidak tahu tentang kepentingan ibadah ini, maka wajib bagi kita untuk berusaha mencari pakar-pakar yang arif tentang perkara ini dan mendapatkan pencerahannya.
Wallahua'lam..

Pakej Katering Aqiqah dan Keraian
Assalamualaikum Wrmbth
Anda juga boleh menentukan set anda tersendiri dan kami akan berikan harga. Serikan majlis anda dengan pengalaman hidangan yang tidak akan dilupakan.
HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515
Bagi memeriahkan dan melengkapkan Majlis Aqiqah dan sebarang keraian anda, kami turut menyediakan seleksi perkhidmatan Katering. Selain penyediaan Kambing/Biri-biri/Lembu untuk aqiqah, kami sangat komited dan telah bertapak lama di dalam industri katering.
Kami menawarkan seleksi Pakej-Pakej Katering yang menjadi pilihan ramai dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti makanan bertaraf hotel. Makanan kami disediakan oleh chef yang berpengalaman melebihi 10 tahun di dalam bidang kulinari.
Berikut adalah ringkasan Pakej yang kami sediakan:
- Pakej A Set Nasi Briani - RM10.50/pax
- Pakej B Set Nasi Carrot - RM11.50/pax
- Pakej C Set Nasi Campur - RM13.50/pax
- Pakej D Set Nasi Arab - RM14.00/pax
Anda juga boleh menentukan set anda tersendiri dan kami akan berikan harga. Serikan majlis anda dengan pengalaman hidangan yang tidak akan dilupakan.
HUBUNGI: 017-3047278/019-6969515
Menu Hari Ini: Kerutuk Kambing Aqiqah
Assalamualaikum Wrmbth
Hari ini kami kongsikan satu lagi resepi yang menyelerakan bagi memeriahkan Majlis Aqiqah anda iaitu Kerutuk Kambing. Resepi ini dipercayai berasal daripada Negeri Kawasan Pantai Timur.
SELAMAT MENCUBA..

Bahan-bahan ( 5 orang )
- 500g daging
- 4 sudu besar rempah kerutuk
- 2 sudu cili giling
- 1/2 biji bawang besar
- 3 cawan santan pekat
- 2 sudu besar kicap pekat
- 1/2 keping gula melaka/manisan
- 2 sudu besar kerisik
- [bahan tumis]
- 1/2 bawang besar
- 1/2 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 3 sudu besar minyak
Cara-cara
- Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
- Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
- Panaskan minyak
- Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
- Kemudian masukkan campuran rempah tadi
- Masak sehingga pecah minyak
- Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
- Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
- Siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA..
Selasa, 12 Ogos 2014
Menu Aidilfitri
Assalamualaikum Wrmbth
Sajikan Aidilfitri anda dengan seleksi sajian yang lain dari yang lain. Kebiasaannya rakyat Malaysia lebih popular dengan hidangan rendang yang berasakan ayam dan daging lembu. Rendang Kambing/Biri-biri mempunyai keunikan rasa yang tersendiri terutamanya bagi para penggemar daging kambing. Ramai juga yang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri diselangi bersama Majlis Aqiqah. Hari ini kami kongsikan resepi hidangan yang menyelerakan ini.

BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
- 1kg daging kambing | dipotong kecil
- 1kg santan
- 100gm kerisik
- 100gm gula kabung | atau boleh digantikan gula merah
- 4 helai daun kunyit
- 100gm lengkuas | diketuk
- 6 batang serai | diketuk
- Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
- 100gm cili kisar
- 30gm biji ketumbar
- 30gm biji jintan manis
- 30gm biji jintan putih
Bahan Hiris:
- 100gm bawang merah
- 60gm bawang putih
- 50gm halia
CARA MEMASAK:
1 Masukkan daging kambing bersama sedikit air, serai dan lengkuas ke dalam periuk.
2 Biarkan masak dan mendidih hingga airnya kering.
3 Kemudian masukkan bahan hiris dan juga bahan kisar. Kacau sebati dan biarkan mesra dengan daging kambing.
4 Setelah itu masukkan santan bersama gula kabung serta daun kunyit.
5 Apabila daging empuk dan kuahnya mulai kering, masukkan kerisik dan
kacau rata. Perasakan dengan garam secukup rasa rasa dan angkat.
Selamat Mencuba..
Selasa, 5 Ogos 2014
Bantulah Palestin dan Boikot Israel
Assalamualaikum Wrmbth
Saudaraku sekalian, Palestin sedang di asak dengan sepenuh kekuatan oleh Zionis Laknatullah. Kanak-kanak, wanita dan warga tua menjadi mangsa kekejaman yang maha zalim. Apakah usaha kita untuk membantu mereka? Adakah kita hanya akan berpeluk tubuh? Atau buat tidak peduli?
Kita sebagai orang awam tidak mampu untuk bertempur di medan perang, mengangkat senjata dan syahid. Dengan kekangan yang kita hadapi sekarang, yang mana kita mampu untuk menyumbang dengan cara menyalurkan wang ringgit dan bersenjatakan doa.
Disebabkan oleh peperangan, mereka kekurangan dari segala segi, Makanan, Ubat-ubatan, Pakaian, Tempat Berteduh dan pelbagai lagi kesusahan. Sedangkan kita sekarang sedang menikmati kemewahan dan kekenyangan akibat terlebih makan.
Kami juga sangat merasa terpanggil untuk menjadi wadah bagi menyampaikan segala bentuk bantuan yang termampu. Sebelum ini kami telah melancarkan Tabung Untuk Gaza melalui Pakej Aqiqah Jariah yang mana setiap pembelian Pakej Aqiqah Atau Bukan Aqiqah, RM5 akan disalurkan ke Tabung Untuk Gaza untuk disampaikan melalui NGO-NGO yang berjuang untuk Palestin.
Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kami mendoakan agar Ibadah Aqiqah tuan/puan diterima oleh Allah dan semoga bertambah baraqah dengan sumbangan tersebut.
Kami dengan rendah dirinya ingin mempertingkatkan seruan kami melalui Pakej Aqiqah Tabung Untuk Gaza bagi mengumpul dana membantu dari segala sudut saudara semuslim kita yang dizalimi oleh Zionis Laknatullah.
Langgan:
Catatan (Atom)