JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Sabtu, 24 Oktober 2015

AGEN DIPERLUKAN


Assalamualaikum Wrmbth

Sudah hampir 1 tahun sejak kami melancarkan produk baru keluaran UMM Baraqah iaitu Daging Perap BBQ dan Bebola Daging, Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala yang telah melimpahkan rahmat dan rezeki yang tidak terhitung banyaknya. Kami telah menerima respon dan sambutan yang amat menggalakkan dikalangan pelanggan yang telah mencuba produk kami. 

Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi peluang perniagaan ini bersama dengan anda terutamanya bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan. Kami juga menyasarkan untuk membantu melahirkan usahawan muslim samada dalam skala kecil sehingga besar.

Kami sangat mengalu-alukan penglibatan anda sebagai AGEN produk kami. Kesemua produk keluaran kami adalah sedia untuk dipasarkan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian berikut:

Telefon/sms : 019-6969515

Whatsapp    : 019-6520791

Email           : baraqahagrofarm@gmail.com

Marilah kita menuju kearah kejayaan melalui perniagaan. Jangan lepaskan peluang ini bagi membantu mempertingkatkan ekonomi keluarga sekaligus memperkukuhkan ekonomi umat islam khasnya.

Ahad, 4 Oktober 2015

Resepi Aqiqah Hari Ini

STEW KAMBING

500gm daging kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah

1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Cara-cara

Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.



Selamat Mencuba...

Jumaat, 11 September 2015

Jom Kerja ! SELANGORKU

PELUANG PEKERJAAN ..

TEMUDUGA TERBUKA OLEH INDUSTRI & SYARIKAT DI NEGERI SELANGOR.

Lebih 20 syarikat menawarkan peluang pekerjaan melalui sesi Walk-In-Interview yang diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh     : 12 Sept 2015 (Sabtu)
Masa      : 9 pagi - 4 petang
Tempat  : Dewan Melati, INPENS INTERNATIONAL COLLEGE, Kuala Selangor.

Antara Syarikat Yang Memberi Peluang Pekerjaan:
●Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd
●Shin-Etsu Polymer (M) Sdn. Bhd.
●Fiw Steel SB
●Maysky (M) SB
●Malaysian SH Electronics SB
●Safeguards G4s SB
●KL Airport Services SB
●Secom (M) SB
●Suria Component Manufacturing (M) SB
●JTEKT Automotive (M) SB
●Marelli Manufacturing Asia SB
●NSK Micro Precision
●Texas Instruments (M) SB
●Renesas Semiconductor KL SB
●Mydin
●SHRDC
●Triplus Industry SB
●Pejabat Tenaga Kerja (JTK) Kuala Selangor
● Dan Banyak Lagi...

■Kelulusan bermula dengan PMR, SPM, SKM, Diploma & Ijazah
■Gaji Yang berpatutan
■Sila bawa dokumen anda seperti I/C & sijil-sijil berkaitan (asal & salinan) 
■Resume (jika diperlukan)
■ Syarat umur dan fizikal adalah mengikut perjawatan.

Jom Rebut Peluang Ini! Datanglah Beramai-ramai...

#Mohon dihebahkan kepada yang lain utk kebaikan bersama..Terima Kasih 😊😊😊.


Ahad, 9 Ogos 2015

PROMOSI TERKINI - HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum wbt

Harga promosi terkini sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tak lama lagi.

JANGAN LEPASKAN PELUANG MEMILIH PROMOSI INI !!

Sila hubungi Agen UMMBR untuk maklumat lanjut 


Selasa, 21 Julai 2015

Kambing Golek Baraqah

Assalamualaikum Wrmbth

Meriahkan rumah terbuka anda bersempena Syawal yang Mulia ini dengan hidangan pilihan NO.1 Rakyat Malaysia iaitu KAMBING GOLEK. Kami menawarkan pakej istimewa bersempena Aidilfitri ini dengan harga terendah dan kualiti terbaik hanya RM950 sahaja.

Kami sajikan anda pilihan Kambing Terbaik bersama perapan istimewa, disajikan bersama seleksi hidangan sampingan berikut:
  • Sos lada hitam gabungan ideal bersama daging kambing, keenakan yang akan sentiasa menjadi ingatan
  • Coleslaw yang menyegarkan atau salad yang dihiasi dengan sos thousand island
  • Mash potato yang mengenyangkan atau wedges yang rangup keemasan



Jangan Tunggu Lagi, Tempat Sangat Terhad....TEMPAH SEKARANG!!


Taqabbalallahu minna wa minkum..


Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahilhamd..

Semoga segala amalan baik kita diterima oleh Allah. Kami di UMM Baraqah Agrofarm mengucapkan Salam Aidilfitri, kami menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kepada semua umat islam di Malaysia terutamanya para pelanggan kami di atas kesalahan dan kesilapan kami dalam menyediakan perkhidmatan AQIQAH. Kami sentiasa mendoakan semua para pelanggan kami sentiasa dipelihara oleh Allah dan sentiasa dilimpahkan rahmat serta keberkatan seisi keluarga.

Jumaat, 15 Mei 2015

Aqiqah Jariah Bersempena Ramadan

Assalamualaikum Wrmbth

Bulan baraqah yang kita nanti-nantikan dan terlalu dirindui iaitu Bulan Ramadan Kareem sudah hampir tiba. Marilah kita terus berdoa kepada Allah agar diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan yang dicintai pada tahun ini.

Inilah bulan yang dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan. Bulan beramal dengan sebanyak-banyaknya. Bulan bersedekah dengan berkejar-kejaran. Bulan yang Allah Taa'la janjikan dengan ganjaran seluas-luasnya. Keampunan dan kasih sayang Allah kepada seluruh umat islam sedunia.

Didalam kita bersedia menanti kehadiran Ramadan, sangat ramai saudara-saudara kita diluar sana terutamanya di Malaysia khususnya, masih berada di dalam keadaan serba kekurangan, kedaifan, kesusahan, iaitu mereka-mereka yang hilang tempat bergantung hidup seperti anak-anak yatim, fakir dan miskin serta ibu tunggal, dimana mereka ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada kita yang sentiasa makan kenyang dan tidur nyenyak.

Bersempena kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak ini, kami terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kesinambungan dalam menyediakan khidmat kepada para anak yatim, fakir & miskin serta mereka yang lebih memerlukan bantuan. 

Kami menganjurkan lagi, PAKEJ AQIQAH JARIAH istimewa bersempena kehadiran Ramadan AL-Mubarak dengan pakej HANYA RM1,000 SAHAJA iaitu:

1) Termasuk seekor kambing/biri-biri aqiqah
2) Siap masak(gulai kawah/kurma)
3) Khidmat pengagihan kepada Rumah Anak Yatim, Fakir & Miskin serta Ibu Tunggal
4) Termasuk selembar bukti aqiqah secara PERCUMA

Rasulullah S.A.W bersabda,

مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)


Gandakan pahala ibadah puasa anda dengan perlaksanaan Ibadah Aqiqah dan Bersedekah terutamanya kepada Anak Yatim. Mudah-mudahan, dengan usaha dan kesungguhan kita untuk memantapkan amal, di terima oleh Allah Taa'la. InShaAllah.

Ahad, 10 Mei 2015

PAKEJ TERMURAH!!!

Assalamualaikum Wrmbth


Sebagai pengguna yang bijak, kita akan sentiasa memastikan segala perbelanjaan kita berada di tahap yang paling minimum. Ini membolehkan kita merancang kewangan kita dengan lebih baik. Antara faktor perancangan kewangan yang baik ialah penawaran jualan harga barangan yang berpatutan serta tidak membebankan.

Kami di UMM Baraqah Agrofarm amat memahami keperluan anda terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan AQIQAH yang murah dan berkualiti. Visi kami ini selaras dengan kehendak syariat iaitu bersederhana dalam segala hal terutamanya yang berkaitan perlaksanaan ibadah AQIQAH.

Sila bandingkan harga kami, InShaAllah kami akan berikan perkhidmatan terbaik dengan kepuasan dijamin.



Kambing Golek Aqiqah

Syarikat X        - RM1,300 himgga RM1,500

UMM Baraqah - HANYA RM1,200 SAHAJA





Biri-biri Aqiqah

Syarikat X        - RM800 berat hidup 25~28kg(tidak termasuk proses)

UMM Baraqah - HANYA RM730 berat hidup 25~28kg(siap proses)

Ahad, 19 April 2015

Rakan Rumah Anak Yatim UMMBR

Assalamualaikum Wrmbth

Kami bawakan anda video antara rumah anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal yang telah menjadi rakan kami sejak sekian tempoh. Mereka sangat memerlukan bantuan terutamanya dari segi prasarana, kewangan mahupun bantuan persekolahan.

Kami hanyalah antara rakan sekelumit yang menjadi wadah penyampaian bantuan terutamanya yang melibatkan Aqiqah Jariah.

Untuk keterangan lanjut berkenaan rumah kebajikan berkenaan serta dalam penyampaian bantuan, sila hubungi Puan Muhsinah 0193488134

Sayangi Anak Yatim & Fakir Miskin

Wallahua'lam

Resepi Aqiqah Hari ini

Assalamualaikum Wrmbth


Selamat berhujung minggu bersama keluarga kami ucapkan kepada anda. Semoga anda sekeluarga sentiasa di dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Pada hari ini kami ingin kongsikan kepada anda resepi enak yang menjadi kegemaran peminat-peminat makanan arab terutamanya. Menu tersebut sangat sinonim dengan nasi arab namun ianya juga sesuai di hidang bersama pelbagai jenis nasi, roti dan lempeng.

Hidangkannya di Majlis Aqiqah anda, pastinya majlis anda sentiasa diingati oleh sanak saudara mahupun rakan-rakan.

Kambing Aqiqah Masala

Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong saiz 1~2 inci),gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak.

Bahan dikisar bersama :-
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai
-----------------------
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sudu kecil biji jintan putih
1/2 sudu kecil biji jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk Garam Masala
2 gelas air
Garam secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.
Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala.
Gaul sebati dan biarkan seketika. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.

Sedia untuk dihidangkan. Wallahua'lam

SELAMAT MENCUBA