JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Isnin, 27 Mei 2013

Assalamualaikum Wrmbth

Kehadiran bulan mulia Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan yang hanya kurang daripada 2 bulan, setiap muslim pastilah sangat gembira dan penuh girang dalam menanti kehadirannya. Mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang mendatang ini dan sekaligus menikmati kemanisan iman.

Sempena kehadiran Ramadhan juga, kami dan kita semua merasa terharu kerana ramai dikalangan kita yang makan tidak serba enak serta tidak cukup malahan ada yang tidak mempunyai makanan sedangkan kita berkemampuan untuk makan enak.

Kami dengan tangan yang terbuka memohon agar pihak-pihak ini dibantu seberapa yang mungkin dan hindari mereka daripada kekufuran. Sumbangkanlah daging aqiqah anda samada kambing atau lembu samada telah dimasak atau mentah kepada badan-badan kebajikan yang kami sarankan atau pilihan anda sendiri.

Sehubungan dengan itu kami menawarkan Pakej Amal Aqiqah seperti berikut:

  1. Sumbangan daging mentah(kambing 35~40kg)  - RM800/siap proses
  2. Sumbangan masakan (kambing 35~40kg)          - RM1,000
  3. Sumbangan daging mentah(lembu 180~220kg) - RM2,800/siap proses
  4. Sumbangan masakan (lembu 180~220kg)         - RM3,400

Kami akan buat penghantaran percuma ke seluruh Selangor

Rabu, 22 Mei 2013

Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 7

Longgokan ayam tanpa diurus bersih

Ayam terendam dalam air
Assalamualaikum Wrmbth

Sembelihan samada ayam, kambing, lembu dan sebagainya samada untuk tujuan ibadah atau makanan harian tidak cukup dengan sekadar HALAL sahaja. Ajaran islam sangat menitikberatkan kebersihan dan kesucian terutama yang melibatkan soal makanan yang akan menjadi darah daging kita. Makanan yang haram dan kotor akan mempengaruhi pembinaan akhlak dan seterusnya mempengaruhi hati.

Perkataan ‘HALAL’ membawa maksud yang luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta halal. 
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan ayat. Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal kekeluargaan dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan sebagainya. 

Walaupun istilah halal digunakan dalam pelbagai suasana yang berbeza, namun di dalam al-Quran penggunaannya di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bab makan minum serta mencari rezeki adalah lebih meluas berbanding dengan hal-hal lain. Ini dapat diperhatikan menerusi ayat-ayat tertentu seperti di dalam surah-surah al-Baqarah (2:168), al-Maidah (5:1), (5:4-5), (5:87-88), (5:96), al-A’raf (7:157), an-Nisa’(4:160), at-Tahrim (66:1), al-Hajj (22:30) dan lain-lainnya.
 
Sebagai peniaga, marilah kita memperingatkan diri kita sendiri tentang tanggungjawab dalam menjaga kedua-dua konsep tersebut. Dengan demikian, perniagaan yang kita jalankan bertambah berkat dan pengguna juga mendapat manfaat daripada kepekaan kita.
 
Wallahua'lam..


Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 6

Contoh pisau sembelihan

Assalamualaikum Wrmbth

Kita sambung semula dalam memahami maksud aqiqah dan proses dalam menjalankannya. Adapun terdapat perkara-perkara sunat dan makruh dalam menjalankan sembelihan samada untuk kegunaan ibadah mahupun untuk kegunaan harian.



·         Perkara-Perkara Sunat Sembelihan
Ø  menyebut nama Allah
Ø  menggunakan alat sembelihan yang tajam
Ø  melakukan sembelihan di siang hari
Ø  memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan di kanan leher supaya lebih cepat mati
Ø  menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah ke sebelah rusuk kiri

·         Perkara-Perkara Makruh Sembelihan
Ø  alat sembelihan yang tumpul
Ø  menampakkan alat sembelihan kepada kepada binatang sembelihan
Ø  melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih
Ø  tidak menghadap kiblat
Ø  tidak membaca basmalah
Ø  mematahkan leher binatang sembelihan sebelum nyawanya hilang.


Ada pihak yang bertanya(non-muslim) bertanya mengapa perlu lakukan sembelihan yang teratur dan begitu susah?bukankah hasil akhirnya nanti sama sahaja(daging)?

Ini Jawapannya:


Ø  boleh mematikan binatang dengan cara cepat dan selamat
Ø  memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu
Ø  sembelihan dengan nama Allah untuk memelihara akidah
Ø  membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram
Ø  dapat mengeluarkan semua darah binatang dengan cepat dan membersihkan daging daripada darah yang mengalir bagi menghindari penyakit. 

Selasa, 21 Mei 2013

Makluman-makluman!!

Stok baru telahpun sampai pagi tadi jam 3 pagi, biri-biri aqiqah dengan saiz yang mantap 35~40kg HANYA RM800.00 SAHAJA termasuk sembelih dan lapah, khidmat cincang percuma, penghantaran percuma.

Banyak tempahan telah dibuat, hubungi segera dan laksanakan aqiqah dengan cara professional yang halal dan suci.

Para pelanggan dijemput ke kandang kami untuk membuat pilihan dan bermesra bersama anak-anak kambing yang comel.

Isnin, 20 Mei 2013

Kemasukan Stok Baru

Assalamualaikum Wtmbth

Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya untuk Allah yang Maha melimpah ruah rahmat dan nikmatNYA, stok kambing aqiqah promosi mampu laksana dan supersized telah habis kesemuanya. Mudah-mudahan Allah Ta'ala akan menerima ibadah aqiqah para pelanggan-pelanggan kami. Sesungguhnya kami hanyalah medium bagi ibadah aqiqah anda yang tidak ada kekuatan tanpa bantuan dari Allah.

Makluman juga kepada semua bahawa stok baru kami dijangka masuk pada minggu ini di antara 18/5 2013 hingga 23/5/2013. Tempah sekarang dan dapatkan stok-stok terbaik dengan berat diantara 35~40kg pada harga hanya RM800.00 sahaja, PERCUMA KHIDMAT CINCANG DAN PENGHANTARAN.

Hubungi segera!!
017-3047278/019-6969515

Rabu, 15 Mei 2013

Assalamualaikum Wrmbth

Kami menawarkan sewaan kipas air atau mist fan untuk sebarang majlis atau keraian dengan harga yang berpatutan.

Penghantaran PERCUMA untuk kawasan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Jeram, Sekinchan.

Caj yang berpatutan akan dikenakan bagi penghantaran di Lembah Klang dan Shah Alam.

HUBUNGI SEGERA UNTUK TEMPAHAN!!

017-3047278/019-6969515
Assalamualaikum Wrmbth

Berita Panas!!! Stok baru sebanyak 25 ekor kambing/biri-biri aqiqah yang masuk pada 11 Mei 2013 hampir habis ditempah.

Jangan tunggu lagi, laksanakanlah aqiqah, pastikan dengan 
UMM Baraqah Agrofarm.

Nantikan kemasukan stok baru kami..



Isnin, 13 Mei 2013

Promosi Kambing Golek

Assalamualaikum Wrmbth

Serikan majlis perkahwinan, hari lahir, kesyukuran dan pelbagai keraian dengan menu pilihan dan kegemaran ramai. Gembirakan tetamu anda dengan kenangan majlis yang diserikan oleh hidangan yang enak.      

Promosi Istimewa untuk masa terhad sahaja!!

Kambing golek non-aqiqah  - RM850.00 SAHAJA

Ramuan herba perapan istimewa yang disediakan oleh chef berpengalaman pasti akan membangkitkan selera jika menghidunya, hidangan daging yang berjus dan lembut pasti akan membuatkan anda teringat-ingat akan keenakannya. Kami turut menawarkan pilihan hidangan sampingan mengikut citarasa anda:

  • Sos lada hitam istimewa
  • Coleslaw atau Salad dgn Sos Thousand Island
  • Mashed Potato atau Potato Wedges
Tempah Segera!!

Selasa, 7 Mei 2013





Pening Kepala?Runsing memikirkan tentang aqiqah anak yang tersayang?Tiada bajet yang mencukupi untuk laksanakan aqiqah?

Jawapannya DISINI..
Kami menawarkan kambing aqiqah MAMPU LAKSANA pada harga yang telah kami kaji dan selidiki, sesuai untuk dilaksanakan oleh ibu bapa tanpa membebankan.

Berat Hidup 35-40kg  - RM750.00 sahaja termasuk sembelih, lapah, cincang dan penghantaran.

Tidak cukup dengan itu, kami turut akan berikan 'bukti' yang anda telah laksanakan ibadah aqiqah.


Masih runsing tentang bajet majlis aqiqah?

Kami menggalakkan sembelihan aqiqah itu di sedekahkan kepada rumah anak-anak yatim dan fakir miskin bagi menggandakan pahala ibadah anda, disamping membantu anak-anak yatim ini merasa kemanisan hidup di bumi Allah yang kita kongsi ini.

Khidmat Memasak Kambing Aqiqah/Non-Aqiqah

Assalamualaikum Wrmbth

Nikmatilah menu masakan terbaik daripada kami dengan harga yang terendah dan berkualiti hanya pada harga:

  • Pakej kambing aqiqah dan masak         - RM1,000 sahaja
  • Upah masak sahaja                               - RM250/ekor
  • Pakej non-aqiqah dan masak                - RM750/ekor
  • Pakej lembu aqiqah dan masak             - RM2,900/ekor

HUBUNGI:017-3047278/019-6969515

Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 5

Assalamualaikum Wrmbth

Di dalam kita memahami apa itu aqiqah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui apa itu sembelihan, cara sembelihan, siapa yang boleh menyembelih, apa  syarat sembelihan dan sebagainya.

Dewasa ini, kita sebagai umat islam semakin mempunyai kesedaran terhadap tahap kehalalan dan kepentingan toyyiba.

Sebagai pengguna muslim yang bijak, kita sepatutnya bukan sekadar membeli sebarang barangan bagaikan melepaskan batuk di tangga, sebaliknya kita selidik dahulu samada halal, di keluarkan oleh syarikat muslim, tahap kebersihan, isi kandungan sesuatu barang dan sebagainya. Halal tidak cukup hanya sekadar statusnya tetapi perlu juga kepada toyyiba iaitu bersih dan suci. Mari kita dalami serba sedikit tentang sembelihan.


Pengertian Sembelian
Menghilangkan nyawa binatang yang halal di makan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah. Disamping itu juga, tujuan sembelihan adalah untuk dimakan dagingnya.

Rukun Sembelihan
  1. Penyembelih tersebut hendaklah seorang muslim dan tidak di dalam ihram haji atau umrah
  2. Binatang yang disembelih hendaklah halal dimakan dan mati dengan sekali sembelihan.
  3. Alat sembelihan hendaklah berasaskan benda yang tajam kecuali tulang, gigi dan rambut atau gigi
  4. Bagi orang islam yang berada di negeri ahli kitab, mereka diharuskan memakan daging yang sembelih oleh ahli kitab.
Syarat Sah Sembelihan
  1. Niat sembelih kerana Allah
  2. Memutuskan urat halkum dan urat merih
  3. Menggunakan alat-alat sembelihan yang tajam
  4. Menyembelih bintang yang halal dan masih dalam keadaan hidup(hayat mustaqirrah)
  5. Disembelih oleh orang islam atau ahli kitab
  6. Tidak dilakukan semasa di dalam ihram haji atau umrah

Wallahua'lam..

Tamat bahagian 5..