JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Selasa, 21 Julai 2015



Taqabbalallahu minna wa minkum..


Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahilhamd..

Semoga segala amalan baik kita diterima oleh Allah. Kami di UMM Baraqah Agrofarm mengucapkan Salam Aidilfitri, kami menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kepada semua umat islam di Malaysia terutamanya para pelanggan kami di atas kesalahan dan kesilapan kami dalam menyediakan perkhidmatan AQIQAH. Kami sentiasa mendoakan semua para pelanggan kami sentiasa dipelihara oleh Allah dan sentiasa dilimpahkan rahmat serta keberkatan seisi keluarga.

Jumaat, 15 Mei 2015

Aqiqah Jariah Bersempena Ramadan

Assalamualaikum Wrmbth

Bulan baraqah yang kita nanti-nantikan dan terlalu dirindui iaitu Bulan Ramadan Kareem sudah hampir tiba. Marilah kita terus berdoa kepada Allah agar diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan yang dicintai pada tahun ini.

Inilah bulan yang dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan. Bulan beramal dengan sebanyak-banyaknya. Bulan bersedekah dengan berkejar-kejaran. Bulan yang Allah Taa'la janjikan dengan ganjaran seluas-luasnya. Keampunan dan kasih sayang Allah kepada seluruh umat islam sedunia.

Didalam kita bersedia menanti kehadiran Ramadan, sangat ramai saudara-saudara kita diluar sana terutamanya di Malaysia khususnya, masih berada di dalam keadaan serba kekurangan, kedaifan, kesusahan, iaitu mereka-mereka yang hilang tempat bergantung hidup seperti anak-anak yatim, fakir dan miskin serta ibu tunggal, dimana mereka ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada kita yang sentiasa makan kenyang dan tidur nyenyak.

Bersempena kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak ini, kami terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kesinambungan dalam menyediakan khidmat kepada para anak yatim, fakir & miskin serta mereka yang lebih memerlukan bantuan. 

Kami menganjurkan lagi, PAKEJ AQIQAH JARIAH istimewa bersempena kehadiran Ramadan AL-Mubarak dengan pakej HANYA RM1,000 SAHAJA iaitu:

1) Termasuk seekor kambing/biri-biri aqiqah
2) Siap masak(gulai kawah/kurma)
3) Khidmat pengagihan kepada Rumah Anak Yatim, Fakir & Miskin serta Ibu Tunggal
4) Termasuk selembar bukti aqiqah secara PERCUMA

Rasulullah S.A.W bersabda,

مَنْ فَطَّرَ صَائِماً كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْءٌ (رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح)
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)


Gandakan pahala ibadah puasa anda dengan perlaksanaan Ibadah Aqiqah dan Bersedekah terutamanya kepada Anak Yatim. Mudah-mudahan, dengan usaha dan kesungguhan kita untuk memantapkan amal, di terima oleh Allah Taa'la. InShaAllah.

Ahad, 10 Mei 2015

PAKEJ TERMURAH!!!

Assalamualaikum Wrmbth


Sebagai pengguna yang bijak, kita akan sentiasa memastikan segala perbelanjaan kita berada di tahap yang paling minimum. Ini membolehkan kita merancang kewangan kita dengan lebih baik. Antara faktor perancangan kewangan yang baik ialah penawaran jualan harga barangan yang berpatutan serta tidak membebankan.

Kami di UMM Baraqah Agrofarm amat memahami keperluan anda terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan AQIQAH yang murah dan berkualiti. Visi kami ini selaras dengan kehendak syariat iaitu bersederhana dalam segala hal terutamanya yang berkaitan perlaksanaan ibadah AQIQAH.

Sila bandingkan harga kami, InShaAllah kami akan berikan perkhidmatan terbaik dengan kepuasan dijamin.



Kambing Golek Aqiqah

Syarikat X        - RM1,300 himgga RM1,500

UMM Baraqah - HANYA RM1,200 SAHAJA





Biri-biri Aqiqah

Syarikat X        - RM800 berat hidup 25~28kg(tidak termasuk proses)

UMM Baraqah - HANYA RM730 berat hidup 25~28kg(siap proses)

Ahad, 19 April 2015

Rakan Rumah Anak Yatim UMMBR

Assalamualaikum Wrmbth

Kami bawakan anda video antara rumah anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal yang telah menjadi rakan kami sejak sekian tempoh. Mereka sangat memerlukan bantuan terutamanya dari segi prasarana, kewangan mahupun bantuan persekolahan.

Kami hanyalah antara rakan sekelumit yang menjadi wadah penyampaian bantuan terutamanya yang melibatkan Aqiqah Jariah.

Untuk keterangan lanjut berkenaan rumah kebajikan berkenaan serta dalam penyampaian bantuan, sila hubungi Puan Muhsinah 0193488134

Sayangi Anak Yatim & Fakir Miskin

Wallahua'lam

Resepi Aqiqah Hari ini

Assalamualaikum Wrmbth


Selamat berhujung minggu bersama keluarga kami ucapkan kepada anda. Semoga anda sekeluarga sentiasa di dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Pada hari ini kami ingin kongsikan kepada anda resepi enak yang menjadi kegemaran peminat-peminat makanan arab terutamanya. Menu tersebut sangat sinonim dengan nasi arab namun ianya juga sesuai di hidang bersama pelbagai jenis nasi, roti dan lempeng.

Hidangkannya di Majlis Aqiqah anda, pastinya majlis anda sentiasa diingati oleh sanak saudara mahupun rakan-rakan.

Kambing Aqiqah Masala

Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong saiz 1~2 inci),gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak.

Bahan dikisar bersama :-
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai
-----------------------
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sudu kecil biji jintan putih
1/2 sudu kecil biji jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk Garam Masala
2 gelas air
Garam secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.
Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala.
Gaul sebati dan biarkan seketika. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.

Sedia untuk dihidangkan. Wallahua'lam

SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 17 April 2015

Resepi Aqiqah Hari Ini

Assalamualaikum Wrmbth

Pada hari ini kami kongsikan dengan anda satu lagi hidangan klasik yang akan membuka selera anda terutamanya yang akan memeriahkan Majlis Aqiqah anda.

Kambing Aqiqah Masak Palembang

Bahan-bahan:
700 gram kambing aqiqah – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Hablals)
minyak
 
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
 
Rempah penumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
 
Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
5. Akhir sekali masukkan kerisik.
6. Siap dihidang dan enak dimakan dengan pelbagai jenis nasi dan roti

SELAMAT MENCUBA..

Sabtu, 28 Mac 2015

Kambing Golek Aqiqah

Assalamualaikum Wrmbth


Khas buat para pelanggan kami, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.

Harga Pakej Kambing Golek Aqiqah kami tiada taranya. Kami masih mengekalkan harga terendah.

Bukan RM1,300

Bukan RM1,250

Tetapi hanya RM1,200 Sahaja.

 Harga yang kami kekalkan sejak 5 tahun lalu. Jangan berlengah lagi. Tempah sekarang!!

HUBUNGI 019-6969515 Untuk penerangan pakej penuh.


Resepi Aqiqah Hari Ini

Assalamualaikum Wrmbth Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan anda satu lagi resepi menarik masakan kambing aqiqah yang akan membuka selera para tetamu anda.

KAMBING MASAK LADA HITAM

500 gm daging kambing aqiqah
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 inc halia di tumbuk

Bahan kisar

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan hiris

1 labu bawang besar
2 batang lada merah
5 biji cili padi 

Potong daging kambing kecil dan nipis, bersihkan
Perapkan daging dengan lada hitam, kicap manis, sos tiram , madu dan halia selama 1/2 jam

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar
Masukkan daging yang telah di perap tadi man masak hingga daging empuk
Tambahkan sedikit air jika kuahnya terlalu kering
Masukkan bahan hiris dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Selamat Mencuba.. 

Isnin, 2 Mac 2015

Pakej Aqiqah Ekonomi

Assalamualaikum Wrmbth

Aqiqah adalah ibadah sunat yang digalakkan(Sunat Muakkad) perlaksanaannya di dalam Islam. Ianya juga termasuk antara Sunnah Nabi S.A.W seperti mana yang telah disyariatkan:

Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Namun, pelbagai halangan yang memungkin perlaksanaan ibadah itu menjadi sukar disebabkan faktor, antaranya:
  • Harga yang ditawarkan oleh penternak terlalu mahal
  • Kekangan bajet
  • Kekurangan masa
  • Kos-kos tersembunyi oleh penternak yang menaikkan harga
  • Kriteria haiwan aqiqah tidak setimpal dengan harga yang ditawarkan
  • Dan sebagainya
 Kami di UMM Baraqah Agrofarm sentiasa menawarkan harga TERENDAH dan produk yang BERKUALITI dengan servis TERBAIK.

Mengapa kami puji diri sendiri??

Bukan kami yang katakan tetapi testimoni pelanggan-pelanggan kami yang akan menentukannya. Segala puji bagi Allah yang segala kebaikan adalah untukNya.

Kami menawarkan pakej AQIQAH EKONOMI HANYA SERENDAH RM760 SAHAJA. Pakej termasuk:
  • biri-biri berat hidup 25~30kg(jika masakan berkuah boleh makan seramai 120pax++)
  • siap proses(sembelih dan lapah)
  • khidmat pemotongan PERCUMA
  • penghantaran PERCUMA
  • selembar bukti AQIQAH PERCUMA
  • ikan pekasam tradisi PERCUMA(sepaket/ekor)
InsyaAllah kami akan bantu urusan AQIQAH anda sebaik mungkin. Semoga Allah bantu kita semua.

Resepi Aqiqah Hari Ini

Assalamualaikum Wrmbth

Beberapa minggu kami menyepi sementara di atas kesibukan urusan kemasukan stok-stok aqiqah baru dan perkhidmatan katering yang sentiasa penuh, Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas limpahan kurnianya, pemberian rezeki yang diharapkan Baraqah, InsyaAllah.

Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda resepi popular yang sangat serasi disesuaikan dengan nasi briani iaitu Kambing Briani. Pasti majlis anda terutamanya majlis AQIQAH bertambah ceria dengan keunikan rasa briani yang enak. Kami kongsikan dengan anda resepi ringkas bagi penyediaannya.

BAHAN-BAHANNYA :
600 daging kambing yang dipotong
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap 1 dan rendam
1 biji bawang besar, belah 4
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar
1/2 cawan susu sejat
1 biji limau nipis
1 biji bawang besar, hiris
2 camca besar penuh rempah briani (sebarang jenama)
2 camca besar gula melaka
2 camca besar penuh kerisik
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
Air secukupnya
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Sedikit bawang goreng untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato yang masak ranum
3 biji cili hijau

BAHAN-BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih


CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Daging kambing dicuci, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 20 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Sementara itu bancuh rempah briyani dengan bahan2 kisar halus dan kacau hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dala periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumis bawang besar hiris hingga layu, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak. Masukkan daging kambing, daun ketumbar dan bawang goreng, gaul rata dan masak hingga daging kecut.
  3. Tuang air secukupnya hingga daging tenggelam. Kacau rata dan biar mendidih, kemudian sederhanakan api. Masak hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika kuah kering dan daging masih belum empuk.
  4. Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar. Perah limau nipis dalam susu sejat, kacau rata masukkan ke dalam kurma, kacau dan masak hingga kentang empuk. Tambah gula melaka, perasakan dengan garam secukupnya dan akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Boleh dihidangkan bersama nasi berperisa atau nasi putih.

Selamat Mencuba..
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing (shoulder potong dadu 2")
1 biji tomato } dicincang
2 sudu besar bawang goreng } diramas
4 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan tairu
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1/4 tin tomato puri
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis:
4 labu bawang besar } dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:

6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puri, rempah beriani, bawang goreng dan kambing.
3. Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air, kacau rata dan masak hingga kambing 3/4 masak.
4. Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar. - See more at: http://resipimasakankini.blogspot.com/2013/12/resepi-kambing-masak-beriani-special.html#sthash.DDWaHiJY.dpuf
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing (shoulder potong dadu 2")
1 biji tomato } dicincang
2 sudu besar bawang goreng } diramas
4 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan tairu
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1/4 tin tomato puri
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis:
4 labu bawang besar } dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:

6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puri, rempah beriani, bawang goreng dan kambing.
3. Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air, kacau rata dan masak hingga kambing 3/4 masak.
4. Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar. - See more at: http://resipimasakankini.blogspot.com/2013/12/resepi-kambing-masak-beriani-special.html#sthash.DDWaHiJY.dpuf
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing (shoulder potong dadu 2")
1 biji tomato } dicincang
2 sudu besar bawang goreng } diramas
4 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan tairu
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1/4 tin tomato puri
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis:
4 labu bawang besar } dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:

6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puri, rempah beriani, bawang goreng dan kambing.
3. Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air, kacau rata dan masak hingga kambing 3/4 masak.
4. Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar. - See more at: http://resipimasakankini.blogspot.com/2013/12/resepi-kambing-masak-beriani-special.html#sthash.DDWaHiJY.dpuf