Assalamualaikum Wrmbth
Tentunya masih ramai lagi saudara-saudari di luar sana yang masih tertanya-tanya apakah itu akikah, hukumnya, sejarahnya, syarat-syaratnya, haiwan apa yang terlibat dan sebagainya. Kami di
KAMBING HALAL AQIQAH dengan rendah dirinya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada dan mengharapkan keredhaan dari Allah S.W.T. Mudah-mudahan dengan adanya perkongsian ini, maka kita semua akan mendapat kerahmatan yang berpanjangan dari Rabbul Jalal.
Maksud Akikah dari Pelbagai Sudut
Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas
kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat ‘Ubaid,
Ashmu’i dan Zamakhsyari.
Antara definisi lain;
Aqiqah menurut bahasa ertinya `memotong’ . Pada asalnya ialah rambut
yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim
ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong (
dicukur ).
Menurut Istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi
atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah
adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut
kepala bayi itu.
Pengertian Aqiqah Menurut Syara`:
Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan
tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong
rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Antara pengertian lain;
Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang ternakan yang berkaki
empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut
kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh
atau selepasnya.
Dalam bahasa Arab, kata
bahimatul an’aam (binatang ternakan) adalah
termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang
lain. [Al Jabari, 1994]
Terdapat persoalan samada rusa, kijang dan kancil atau kuda belang boleh di gunakan untuk aqiqah?
Jawapan: Menurut ulama, haiwan-haiwan tersebut tidak boleh digunakan untuk aqiqah kerana ianya tidak tergolong antara bahimatul an'am.
Wallahua'lam
Tamat bahagian 1...