JOM LAKSANAKAN AQIQAH NORMA BAHARU PASCA PKP. MURAH, MUDAH, BEBAS COVID 19. HUBUNGI SEKARANG 019-6969515. LAKSANAKAN AQIQAH, PASTIKAN UMM BARAQAH

Rabu, 24 April 2013

Lembu Aqiqah

Assalamualaikum Wrmbth

Kami turut menawarkan khidmat aqiqah dengan menggunakan lembu. 

Bagi anda yang mempunyai anak yang ramai atau ingin melakukan aqiqah secara berkumpulan di kalangan ahli keluarga.

  • Berat hidup 180~220kg  - RM2500/siap proses
  • Berat hidup 220~250kg  - RM2700/siap proses
  • Pakej per bahagian         - RM430/bahagian

HUBUNGI SEGERA:
017-3047278/019-6969515

Selasa, 23 April 2013

SEKADAR CORETAN


Ahlan Wa Sahlan & Assalamualaikum pembaca blog kami,,

Beberapa hari lagi kita bakal mengundi di PRU-13..

Pilihlah pemimpin yang adil dan saksama..




SELAMAT MENGUNDI !!!!!! ^_^

Isnin, 22 April 2013

Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 4





Assalamualaikum Wrmbth

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati dan dipelihara oleh Allah sekalian,

Ada diantara kita yang masih ragu-ragu tentang kedudukan daging aqiqah, bagaimana pembahagiannya, siapa yang boleh makan dan bemacam-macam lagi. Disinilah tempat untuk kita berkongsi serba sedikit ilmu yang ada, walaupun sedikit tetapi yang kita harapkan ialah keberkatan yang ada padanya. Kadangkala kita ada menjemput rakan-rakan yang bukan muslim ke majlis aqiqah dan kadangkala juga menjadi kesulitan dalam menyediakan hidangan daging aqiqah.

Menurut sesetengah ulama, tidak ada dalil yang meletakkan syarat bahawa penerimanya hanya untuk orang muslim sahaja. Maka sesetengah ulama berpendapat ianya harus.


Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu.  Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..

Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..

Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.


Bagaimanapun, menurut satu pandangan :- 

" Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani. 

Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu'ul masaa'il. "



Wallahua'lam

Tamat bahagian 4....



Khamis, 18 April 2013






CEPAT-CEPAT..TAWARAN STOK TERBAIK DAH HAMPIR HABIS..TEMPAH SEGERA!!


  • KAMBING JAMNAPARI 35~38KG - SOLD OUT!!
  • BIRI-BIRI DORSET 35~40KG - SOLD OUT!!
  • BIRI-BIRI DAMARA 35~40KG - RM750.00 NETT
  • BIRI-BIRI DORSET SUPER SIZE 45~50KG HANYA PADA HARGA RM800 SAHAJA(STOK TERHAD)

Khamis, 11 April 2013

Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 3

Assalamualaikum Wrmbth


JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH
Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

1. Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun

2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun

3. Unta- melebihi lima tahun

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban). 
Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.

2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.

3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.

4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.

5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.


Ulama' Syafie dan Hanbali berpendapat bilangan aqiqah untuk seorang anak lelaki adalah 2 bahagian ataupun 2 ekor kambing sedang bilangan aqiqah bagi anak perempuan pula cuma 1 bahagian ataupun seekor kambing. 
Sumber pendapat mereka adalah dari sebuah hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, Rasulullah bersabda, 'Untuk seorang anak lelaki 2 ekor kambing yang sempurna dan untuk seorang anak perempuan pula hanyalah seekor kambing'. 
Bagi pendapat Imam Maliki pula beliau mengatakan memadai binatang aqiqah itu seekor sahaja sama ada untuk anak lelaki ataupun untuk anak perempuan.

Walau bagaimanapun tidak menjadi salah jika kita hanya mampu untuk mengaqiqahkan sekadar 1 ekor kambing untuk anak lelaki. Ini sesuai dengan sabda Nabi S.A.W:

” Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” [HR. Abu Daud].

Wallahua'lam

Tamat Bahagian 3...

Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 2

Assalamualaikum Wrmbth

Kita sambung perkongsian kita tentang aqiqah..

SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH
Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa ” Pada zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.Menurut riwayat Ibnu Sakan pula ” Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu.

Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.

 
HUKUM AQIQAH
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, lalu Baginda saw bersabda yang maksudnya :

“Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.” [HR. Abu Daud]

Maksud hadis daripada perkataan (“suka atau ingin” menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib.
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
 “Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]

Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi]

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.

 Wallahua'lam

Tamat bahagian 2...


Memahami Apa Itu Aqiqah: Bahagian 1





Assalamualaikum Wrmbth

Tentunya masih ramai lagi saudara-saudari di luar sana yang masih tertanya-tanya apakah itu akikah, hukumnya, sejarahnya, syarat-syaratnya, haiwan apa yang terlibat dan sebagainya. Kami di
KAMBING HALAL AQIQAH dengan rendah dirinya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada dan mengharapkan keredhaan dari Allah S.W.T. Mudah-mudahan dengan adanya perkongsian ini, maka kita semua akan mendapat kerahmatan yang berpanjangan dari Rabbul Jalal.


Maksud Akikah dari Pelbagai Sudut
Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.

Antara definisi lain;
Aqiqah menurut bahasa ertinya `memotong’ . Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong ( dicukur ).

Menurut Istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.

Pengertian Aqiqah Menurut Syara`:
Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”


Antara pengertian lain;
Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an’aam (binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain. [Al Jabari, 1994]

Terdapat persoalan samada rusa, kijang dan kancil atau kuda belang boleh di gunakan untuk aqiqah?
Jawapan: Menurut ulama, haiwan-haiwan tersebut tidak boleh digunakan untuk aqiqah kerana ianya tidak tergolong antara bahimatul an'am.

Wallahua'lam

Tamat bahagian 1...


Laksanakan Akikah dan Sumbangan Amal

Assalamualaikum Wrmbth

Tuan-tuan/Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian

Tahukah anda, saban hari semakin ramai anak-anak yang kehilangan tempat bergantung, hidup terbiar, makan dan minum tidak terjaga, sakit dan jerih tidak terbela. Semakin ramai si miskin yang jadi kufur kerana kesempitan hidup, berlapar, sukar untuk beribadah.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua muslim untuk membela nasib mereka, bantu mereka supaya dapat hilangkan sedikit sebanyak kesukaran hidup demi untuk beribadat kepada Allah. Janganlah kita terlalu leka sehingga kufur kerana terlalu kaya dan janganlah kita jadi kufur kerana terlalu miskin.

Doa-doa anak-anak ini adalah salah satu doa yang boleh menggegarkan semesta dan menjadi penyelamat kepada kita samada kita masih hidup di dunia ini dan di akhirat kelak. Sayangilah mereka dan bantulah semampu mungkin walaupun dengan secupak beras, nescaya Allah akan membalas berlipat kali ganda segala amal baik kita.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda melalui ibadah akikah bersama kami. Kami akan salurkan daging akikah tersebut kepada anak-anak ini. Gembirakanlah mereka dengan sumbangan anda dan jadilah asbab kepada kemudahan ibadah mereka. Saham di akhirat menanti anda.

Selasa, 9 April 2013

Mengapa Memilih Kami Untuk Jalankan Aqiqah?


 
Assalamualaikum Wrmbth

Tentu ramai diluar sana yang sedang mencari-cari pembekal kambing yang dapat memberikan perkhidmatan aqiqah yang terbaik dan berkualiti. Kami di Kambing Halal Aqiqah sentiasa menitik beratkan kepuasan pelanggan lebih-lebih lagi dalam menjaga ketertiban menjalankan aqiqah. Jadi, apakah kelebihan kami berbanding pembekal-pembekal yang lain di luar sana?


  • Kambing sihat dan tidak cacat
  • Kepadatan dan tekstur daging yang berkualiti
  • Tidak berselindung. Pelanggan di galakkan untuk datang dan membuat pilihan
  • Jaminan lemak pada kambing kurang daripada 10% atau 'Fat Free'
  • Kambing disembelih oleh penyembelih muslim yang sangat berpengalaman
  • Pasukan melapah yang cekap.
  • Kebersihan karkas
  • Kebersihan ruang kerja
  • Khidmat mencincang PERCUMA
  • Khidmat penghantaran PERCUMA
  • Penghantaran tepat pada masanya
  • Pemberian Hadiah Misteri PERCUMA
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Layanan mesra

Hubungi kami dan rasai perkhidmatan terbaik dengan harga sangat berpatutan. InsyaAllah
“Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR. Tarmidzi dari Ibnu Abbas)

Anak Yatim ialah kanak-kanak yang kematian salah seorang, sama ada ibu atau bapa. Anak-anak yang kematian kedua ibu bapa biasanya dikenali sebagai yatim piatu. Melalui hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa Allah SWT menyeru umat Islam menjaga kebajikan anak-anak yatim.

  Layanan yang baik serta pembelaan seharusnya diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa. Mereka harus dijaga dengan sebaik-baiknya dan sesiapa yang melakukan hal itu Allah SWT akan menjanjikan balasan yang cukup besar. Namun jika sebaliknya, sudah pastilah azab Allah SWT akan diterima sebagai balasan.


Kami menyeru kepada diri kami dan tuan-tuan untuk meringankan beban anak-anak ini melalui sumbangan yang seberapa mampu. Mudah-mudahan hidup kita akan bertambah berkat, selamat di dunia dan di akhirat.


Isnin, 8 April 2013

Beribadah Sambil Beramal

Assalamualaikum Wrmbth

Kami di Kambing Halal Aqiqah sentiasa peka dengan keadaan persekitaran terutamanya di kawasan kandang kami. Terdapat 3 buah rumah anak yatim dan fakir miskin yang menempatkan anak-anak yang serba kekurangan dan memerlukan bantuan dari segala sudut.

Kami menggalakkan para pelanggan kami untuk menjalankan ibadah aqiqah dan menyumbang bagi meringankan beban anak-anak ini.

Jalankanlah ibadah aqiqah bersama kami dan kami akan salurkan daging aqiqah tersebut ke rumah-rumah anak yatim tersebut samada dalam bentuk mentah mahupun telah dimasak.

Bantulah anak-anak ini sambil menjalankan ibadah aqiqah. InsyaAllah akan bertambah baraqah dan berkat.

Dalam riwayat Ibnu Hiban dikatakan : “ Janganlah engkau menolak orang yang meminta kepadamu , walaupun engkau memberikan kepadanya sebelah kuku lembu atau kambing .”

Hubungi:
Faizal - 017 3047278/019 6969515

Menu Famous Pilihan Ramai






ASSALAMUALAIKUM WRMBTH

Kami memperkenalkan menu istimewa yang menjadi pilihan ramai dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelanggan-pelanggan kami yang telah menggunakan perkhidmatan kami.



KURMA

Dengan hanya RM250/masakan untuk seekor kambing, atau anda boleh pilih Pakej Aqiqah kami beserta masakan pada harga istimewa RM1,050 sahaja, anda akan disajikan dengan aroma gulai kawah yang dimasak oleh chef yang sangat berpengalaman serta di masak dengan menggunakan kayu api.

Pasti akan membangkitkan selera serta menambat hati para jemputan.

Jangan tunggu lagi, Hubungi Segera...
017 3027278/012 6381107/018 4624876 

Selasa, 2 April 2013

HARGA RUNTUH!!!

PROMOSI HARGA RUNTUH!!

LAKSANAKAN AQIQAH DENGAN HARGA SERENDAH:

  • BERAT HIDUP 30~35KG - HANYA RM750
  • BERAT HIDUP 35~40KG - HANYA RM800

PROMOSI TERHAD SEHINGGA 31 MEI 2013!

HUBUNGI 0173047278/0126381107/0184624876

Isnin, 1 April 2013

Soal jawab berkaitan Korban dan Aqiqah


1. Apakah bezanya Korban dan Aqiqah?

Korban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji dan 3 hari selepasnya. Ia adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memberi daging kepada orang miskin dan ahli keluarga serta sahabat handai. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Tiada seorang dari kamu harus melakukan korban sehinggalah kamu telah melakukan solat (Eid)”.
Aqiqah adalah ibadat yang dilakukan bagi anak yang baru lahir. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Seorang anak lelaki sedang diikrarkan untuk aqiqah, ia dilakukan pada hari ketujuh, rambutnya dicukur dan dia diberi nama.” Kedua-dua ibadat ini adalah sunat.

2. Adakah aqiqah cuma boleh dilakukan untuk bayi yang baru lahir sahaja?
Aqiqah boleh dilakukan untuk anak selagi mana anak itu belum baligh. Jika anak itu sudah baligh, maka adalah lebih baik dilakukan ibadat korban.
Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa, tetapi korban hanya boleh dilakukan pada hari-hari tertentu sahaja dalam bulan Zulhijjah.


3. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk aqiqah, cukur rambut dan khatan untuk bayi yang baru lahir?
Adalah sunat untuk dilakukan aqiqah dan cukur rambut pada hari ketujuh selepas kelahiran anak itu. Maka, adalah baik didahulukan cukur rambut pada hari ketujuh. Kemudian apabila ada kesempatan, seperti pada Hari Raya Haji, lakukan aqiqah anak itu. Tempoh aqiqah adalah sehingga anak itu baligh. Khatan pula baik dilakukan ketika anak masih kecil agar ia tidak ingat kesakitan yang dilaluinya. Namun, tidak mengapa ia ditangguhkan sehingga anak itu besar.

4. Bolehkah aqiqah ditangguhkan jika ibu bapa tidak mampu?
Aqiqah hanya digalakkan setelah seorang anak itu lahir, sebaiknya 7 hari selepas kelahirannya. Jika pada waktu itu kedua ibu dan bapa anak itu tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah, bolehlah ditangguhkan sehingga mereka mampu. Aqiqah boleh dilakukan sehingga anak itu belum mencapai usia baligh.

5. Berapa ekor kambing yang harus diaqiqahkan untuk anak lelaki?
Adalah sunat bagi melaksanakan aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing jika mampu. Namun, jika tidak, seekor pun memadai. Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Dua ekor kambing yang menyerupai (dalam usianya) disembelih untuk seorang lelaki dan seekor untuk seorang perempuan.”

6. Bolehkah seorang selain dari ibu bapa melakukan aqiqah untuk seorang bayi/kanak-kanak?
Dibolehkan melakukan aqiqah untuk seorang bayi/kanak-kanak oleh seorang selain dari ibu bapanya lebib-lebih lagi orang yang menjaga bayi atau kanak-kanak itu. Ia sebaiknya dilakukan pada hari ketujuh selepas lahirnya bayi tersebut.

7. Bolehkah seseorang itu melaksanakan aqiqah untuk anak angkatnya?
Aqiqah boleh dilaksanakan untuk anak kandung dan juga anak angkat. Ia sebaik-baiknya adalah pada hari yang ketujuh selepas kelahiran bayi.

8. Bolehkah digantikan aqiqah beberapa ekor kambing dengan seekor lembu?
Seekor lembu boleh disembelih atas 7 nama, tidak kira samada ia merupakan 7 individu, atau beberapa individu. Disunatkan bagi binatang yang diaqiqahkan agar tidak dipecahkan tulang-tulangnya. Dagingnya pula dibahagikan seperti berikut: sepertiga untuk fakir miskin, sepertiga untuk keluarga dan sahabat handai, dan sepertiga lagi untuk anda sekeluarga.

9. Adakah boleh melakukan aqiqah untuk anak di luar negara, kerana di Malaysia ia kebanyakannya dilakukan di hari raya Aidiladha saja?
Aqiqah boleh dilakukan di mana sahaja, tidak kira dalam negara atau luar negara, tidak kira samada disaksikan oleh orang yang lakukan aqiqah tersebut atau tidak. Selagi mana sewaktu membeli kambing tersebut ia telah jatuhkan niat sebagai aqiqah dan tukang sembelih berniatkan aqiqah ketika sembelih, maka aqiqah tersebut adalah sah.

10. Bolehkah seseorang itu mengerjakan ibadah korban/ aqiqah untuk yang sudah meninggal dunia?
Korban dan aqiqah hanya boleh dibuat untuk orang Islam yang masih hidup. Oleh itu, tidak boleh mengerjakan ibadah korban untuk yang sudah meninggal dunia. Adalah lebih baik berdoa, membaca Al-Quran atau bersedekah atas nama mereka yang sudah tiada dan berharap agar pahala ibadah-ibadah tersebut sampai kepada mereka.

11. Bagaimanakah caranya melakukan ibadah korban buat ahli keluarga yang masih hidup?
Cara melakukan korban untuk ahli keluarga yang masih hidup adalah dengan memberikan mereka wang untuk membeli kambing korban ataupun untuk membelikan lembu korban untuk mereka. Walaubagaimanapun, izin mereka haruslah diminta dahulu. Apabila waktu korban telah tiba, tukang sembelih akan menyebut nama mereka yang melakukan ibadah.

12. Perlukah seseorang itu menunggu sehingga segala hutangnya diselesaikan sebelum melaksanakan ibadah korban?
Sekiranya hutang tersebut ada tempoh untuk membayar dan kita yakin bahawa kita mampu membayar kembali hutang itu, maka itu tidak menghalang kita dari melakukan ibadah korban. Sayugia diingatkan disini bahawa hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat dan bukanlah wajb, maka jika melaksanakan ibadah korban akan membebankan seseorang itu, maka tidak mengapa jika tidak melaksanakannya.

13. Kepada siapakah daging korban harus diagihkan?
Daging korban dibahagikan kepada tiga: 1) Sepertiga untuk fakir miskin.2) Sepertiga untuk ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-handai walaupun mereka tidak mengharapkannya.3) Sepertiga untuk diri sendiri, dan bahagian ini boleh dimakan atau diberikan kepada orang bukan Islam. Walau bagaimanapun, jika ia merupakan korban wajib seperti nazar, maka yang membuat korban itu tidak boleh mengambil daging tersebut.

14. Bolehkah daging korban diberikan kepada orang bukan Islam?
Korban merupakan satu ibadat yang mendekatkan diri seseorang kepada Allah s.w.t. Sebahagian ulama mengkhususkan pembahagian tersebut hanya kepada orang Islam sahaja demi memelihara dan menjaga ibadat tersebut. Namun ianya tidak menjadi satu kesalahan jika daging korban yang telah dimiliki seseorang melalui pembahagian daging tersebut diberikan kepada teman atau jirannya yang bukan Islam. Hal ini sesuai dengan konteks masyarakat majmuk negara ini yang bergaul sesama masyarakat bukan Islam.

15. Bagaimanakah seseorang itu menerangkan tentang ibadah korban kepada mereka yang menganggapnya sebagai kezaliman keatas haiwan?
Jika tujuannya untuk membantu fakir miskin, bukankah pilihan lain lebih bersesuaian?
Perkataan Korban berasal dari perkataan “qaraba” yang bermaksud mendekati dan dalam konteks ibadah korban pula, bermaksud mendekati Allah dengan mengikut perintahNya agar mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dengan pemberian daging korban atau amalan-amalan yang lain.
Perkara ini mungkin tidak boleh diterima oleh ahli vegetarian, penyayang haiwan dan kumpulan-kumpulan hak asasi haiwan yang menentang segala kekejaman terhadap haiwan. Walaupun pandangan golongan ini harus dihormati dan difahami, keperluan dan amalan golongan yang memakan daging (maserba) yang bersifat majoriti harus diambil kira juga.
Islam membenarkan manusia memakan daging dan sayuran kerana ia akur bahawa manusia secara semulajadi termasuk dalam golongan pemakan daging (maserba) dan mempunyai kedua-dua jenis gigi untuk memakan daging dan sayuran iaitu molars dan canine.
Akan tetapi, kebenaran ini datang dengan beberapa syarat dan syarat terpenting adalah larangan keatas segala kezaliman atau kekejaman ke atas haiwan. Ia juga melarang segala penganiayaan terhadap tumbuh-tumbuhan dan bumi kita.Sehubungan dengan soalan diatas, sayugia diterangkan disini bahawa walaupun Islam membenarkan manusia memakan daging, ia tidak bermaksud bahawa mereka boleh memakan apa sahaja yang diingini dan seberapa banyak yang diingini .
Islam telah memberi garis panduan tentang haiwan manakah yang boleh dimakan (halal) dan manakah yang dilarang (haram). Hanya haiwan pemakan sayuran atau tumbuhan (herbivores) adalah halal dimakan. Akan tetapi, memakan daging haiwan yang eksotik tidak digalakkan kerana tujuan asas memakan adalah untuk terus hidup dan bukan sebaliknya.
Tidak perlu untuk memakan daging haiwan seperti zirafah dan kuda belang kerana haiwan yang dibela jinak seperti kambing, lembu dan ayam lebih dari cukup.Islam melarang pembunuhan segala jenis haiwan yang tidak bermoral. Haiwan harus dibunuh dalam dua keadaan sahaja. Pertama, apabila ia membahayakan nyawa manusia. Dan kedua, apabila datangnya keperluan untuk memakan daging haiwan.
Dalam hal ini, Islam telah menetapkan cara yang terbaik yang penuh belas kasihan untuk mengambil nyawa haiwan. Sebagaimana yang dikatakan di Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t telah memutuskan bahawa segala amalan harus dilakukan dengan belas kasihan. Jikalau seseorang itu harus membunuh seseorang (didalam peperangan atau sebagai hukuman mati) bunuhlah ia dengan belas kasihan.
Dan jikalau seseorang itu menyembelih seekor haiwan, sembelihlah ia dengan belas kasihan. Asahlah pisau yang digunakan dan izinkanlah haiwan itu berehat sebanyak mungkin.”Dengan itu, sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang Islam untuk mengasah pisau sebelum menyembelih. Pisau yang tajam akan memastikan pemotongan yang cepat dan bersih di saluran nafas dan saluran makanan dan minuman. Ini akan menyebabkan haiwan itu mati dengan serta-merta dan mengelakkan ia dari rasa terseksa. Haiwan itu juga harus dilindungi dari mana-mana tekanan, seperti mengasah pisau didepan haiwan tersebut.
Menurut cara penyembelihan Islam, kedua-dua urat saraf utama si haiwan itu harus dipotong tanpa memenggalkan kepalanya. Pemotongan kedua-dua urat tersebut akan menyebabkan kehilangan darah yang amat banyak di jantung dan otak dalam waktu yang singkat dan seterusnya menyebabkan penutupan kedua-dua organ tersebut secara serta-merta. Dan ini akan memastikan kematian yang cepat dan tidak menyakitkan.
Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Hanover di Germany telah membuktikan bahawa cara penyembelihan Islam akan memastikan bahawa haiwan yang disembelih itu akan mati hanya 6 saat selepas pemotongan. Memang terdapat banyak pilihan atau alternatif yang lain untuk membantu golongan fakir dan miskin. Satu contoh ialah dengan memberi sedekah atau dengan memberi mereka makanan.
Memandangkan bahawa kebanyakan dari mereka bukan dari golongan vegetarian, memberi mereka daging adalah sesuatu yang mereka amat menghargai kerana sayur-sayuran agak mudah didapati kerana harganya yang murah akan tetapi daging bukanlah sesuatu yang mereka mampu untuk membeli. Kekejaman terhadap haiwan yang dilakukan segolongan manusia, samada Islam atau bukan Islam, tidak patut menghalang seseorang itu dari memahami matlamat dan hikmah sebenar di sebalik ibadah Korban dan cara Islam yang penuh belas kasihan dalam menangani isu kekejaman terhadap binatang.

16. Mengapakah umat Islam menyambut Hari Raya Haji?
Islam telah menetapkan dua sambutan agama bagi umatnya iaitu; Hari Raya Puasa (Eid Al-Fitri) dan Hari Raya Haji (Eid Al-Adha). Sambutan Hari Raya Haji adalah sempena peristiwa yang berlaku antara Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. mengenai ujian yang diturunkan Allah s.w.t kepada mereka.“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia taat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.” (Qur'an 16:120-121)

SOALAN YANG MENJADI PERBAHASAN!!

Bolehkah berkorban bagi pihak orang yang telah mati?

Jawapan ulamak:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: ?i>maka hendaklah kamu kerjakan solat untuk Tuhanmu dan menyembelihlah?
(al-QurAn, al-Kauthar; 2).
Juga berdasarkan hadis Tirmizi:
أُمِرْتُ بِالنَّحْرِ وَهُوَ سُنَّةٌ لَكُمْMakusdnya: Aku diarahkan untuk menyembelih sedangkan ia sunat bagi kamu?

Berkorban adalah satu syiar yang mesti dizahirkan terutama oleh orang berkemampuan hinggakan Imam Malik berpandangan ianya wajib.

Menyembelih adalah Sunnat Kifayah bagi sebuah keluarga. Maksud Sunnat Kifayah ialah apabila salah seorang ahli keluarga melakukannya semua ahli keluarga mendapat pahala.

Malah kerajaan juga sunat berkorban bagi pihak orang Islam menggunakan harta Bait Mal.

Adapun berkorban bagi pihak si mati ia menjadi khilaf di kalangan ulama berdasarkan khilaf mereka tentang amalan si hidup adakah memberi manfaat kepada si mati. Pandangan yang shah (paling tepat) dalam mazhab Syafie ialah tidak harus melainkan dengan wasiat daripada si mati. Wallahua`lam

Moga apa yang dibincangkan ini dapat memberi manfaat dan menambahkan pengetahuan kita mengenai ibadah tahunan yang kita lakukan setiap tahun. Segala kesilapan atau salah faham mengenai ibadah korban yang kita lakukan sebelum ini, sama-samalah kita perbetulkan dan mohon keampunan kepada Allah SWT.